Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Banyak Kes Bila Ibu Lapar, Akan Makan Semula Anak Yang Baru Keluar"

Gempak Spot 13/07/2020 | 11:15 MYT
Perkongsian ini dikongsikan oleh Dr Fitri Yusof, Doktor Akuakultur dan Perikanan di Twitter menggunakan akaun Twitter @drfitriyusof khas untuk mereka yang mula gemar untuk memelihara ikan di dalam akuarium di rumah.
“Doktor, ikan saya tak mahu makan! Kenapa ya? ”
Apabila ikan anda menunjukkan perangai pelik, itu tandanya ada sesuatu yang tak kena. Antaranya ialah :
1. 'Mengandung'
Ikan yang 'melahirkan' anak (live-bearer) seperti Guppy dan Molly, tidak akan makan ketika mengandung. Seeloknya asingkan induk betina apabila gejala ini wujud.
Ini akan memberi perlindungan kepada ikan tersebut. Antara tanda mudah ialah abdomen (perut) ikan yang bulat boyot.
Letakkan jaring yang sesuai untuk anaknya keluar dan jauh dari ibu. Banyak kes, apabila ibu lapar dia akan makan semula anak yang baru keluar.
2. Sakit
Ikan yang sakit juga tidak akan lalu untuk makan. Perhatikan simptom seperti duduk (berenang) di sudut akuarium, berenang tak betul, berenang tak bertenaga.
Ikan yang sakit atau sudah tua renta akan mula menunjukkan gaya renang yang tak normal.
3. 'Tekanan Jiwa'
Stress kadangkala menyebabkan ikan tidak mahu makan. Gejala ini boleh berlaku apabila ikan dipindahkan ke akuarium/tangki baru ataupun berlaku perubahan mendadak pada kualiti air (suhu, pH).
Ikan marin lebih mudah stress akibat suhu berbanding ikan air tawar secara relatifnya.
Pertambahan ikan baru juga boleh wujudkan stress dan menyebabkan ikan kesipuan dan tak mahu makan.
Kurangkan stress pada ikan dengan melazimkan pertukaran sebahagian sahaja air akuarium berbanding tukar dan cuci akuarium sepenuhnya. Tetapkan masa untuk buang sebahagian air akuarium, kemudian tambahkan air baru yang sudah dihilangkan klorinnya.
Kredit Gambar: @drfitriyusof
Kisah ini dikongsi pengguna Twitter Dr Fitri Yusof menggunakan akaun Twitter @drfitriyusof dan mendapat hampir 474 Retweet dan lebih 900 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
#GempakSpot #Akuarium #Ikan Peliharaan
;