Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Bekerja Di Luar Negara & Kehilangan Anak Sulung - Kisah Hidup Tanpa Diduga"

Gempak Spot 11/08/2020 | 01:00 MYT
Kisah ini dihantar oleh KhaiN9 untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Betul apa yg dikata, tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah cerita yang terjadi pada diri saya yang mengalami peristiwa di luar dugaan apabila saya diminta menggantikan sahabat yang berkerja di sebuah cawangan syarikat di luar negara.
Waktu itu saya hanya berkerja sebagai kerani Kewangan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM750.00 sahaja. Saya dihubungi sebab beliau sudah bosan hidup di negara orang yang baru setahun tinggal di sana. Pada masa itu saya ibarat tidak percaya dan terkedu dengan pelawaan beliau untuk menggantikan tempat beliau di sana.
Oleh sebab itu saya dipanggil oleh ketua jabatan dan memaklumkan berita tersebut. Saya ditanya jika saya bersetuju untuk ditukarkan bertugas di sana. Saya memohon kepada ketua jabatan untuk diberi peluang bertanya dengan kedua ibu bapa dan keluarga saya terlebih dahulu.
Saya maklumkan pada isteri dan keluarga saya dan isteri saya bersetuju tetapi kami tetap bermohon kepada Allah swt untuk memohon petunjuk-Nya. Alhamdulillah tiga malam berturut-turut saya solat istikhoroh dan hajat.
Alhamdulillah saya terima pelawaan untuk dihantar bertugas ke luar negara. Kedua ibu bapa saya pada mulanya tidak bersetuju tetapi saya mohon restu agar saya dapat ubah nasib keluarga.
Alhamdulillah Allah itu Maha Kaya dan Alhamdulillah saya mula bertugas di luar negara selama tiga tahun. Rasa syukur saya dan keluarga dapat merasai kehidupan baru di sana. Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib patuhi segala peraturan negara tersebut agar menjadi warga Malaysia yang berdisiplin di mata masyarakat di sana.
Dengan itu juga, saya ditawarkan untuk menyambung kontrak saya selama tiga tahun lagi. Akan tetapi Allah swt itu Maha Kaya, hanya setakat itu rezeki yang saya miliki sehingga tahun 1998 dimana Malaysia mengalami krisis kemelesetan ekonomi.
Waktu itu saya dan keluarga dipanggil pulang ke Malaysia disebabkan ibu pejabat sudah tidak mampu lagi tanggung kos pekerja di cawangan tersebut. Sehubungan perkara tersebut, saya diuji Allah swt atas kehilangan anak sulung saya yang meninggal disebabkan sakit jantung.
Waktu itu saya bertugas di ibu pejabat di Kuala Lumpur sementara keluarga saya, anak dan isteri berada di Semenyih. Sukar untuk digambarkan betapa sedih dan sayu rasa hati di atas kehilangan arwah anak sulung saya tanpa diduga.
Akan tetapi saya perlu redha dan sabar dengan dugaan Allah swt Ini. Kini saya sudah melewati usia 50 tahun dan segala pengalaman pahit manis itu menjadi kenangan yang abadi di dalam kehidupan saya.
Kredit Gambar: Google
Nota: Gambar utama sekadar hiasan
Kisah ini dikongsi oleh KhaiN9 untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
#Keluarga #Kerja #GempakSpotXAlthea
;