#GempakSpot: Beraksi Di Final Olimpik Tokyo 2020, Kenali Sisi Lain Penerjun Nur Dhabitah Sabri
Maliah Surip
01/08/2021 01:50 MYT
01/08/2021 01:50 MYT
Atlet terjun Malaysia, Nur Dhabitah Sabri akan membawa cabaran negara dalam peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung pada pukul 2 petang waktu tempatan hari ini.
Dhabitah meraih tempat ke-6 daripada 12 slot dalam saingan separuh akhir semalam selepas menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 312.60.
Dalam temubual bersama Astro Arena, Dhabitah berikrar untuk memberikan saingan mantap dengan gaya 'santai' seperti yang dipersembahkan dalam pusingan semi final.
Menurut si genit ini, cabaran terbesar untuk melalui pentas final di temasya ini adalah dirinya sendiri.
"Saya tidak melihat cabaran dari China atau negara lainnya. Cabaran sebenar adalah diri saya sendiri," katanya yang sempat menangis kegembiraan.
#GempakSpot mengambil fakta dan informasi Dhabitah dari Wikipedia dan media massa lain untuk dikongsikan kepada pembaca.
Jom kenali dengan lebih dekat siapa Nur Dhabitah, atlet negara yang dikenali dengan sikap mudah tersenyum ini.
Nur Dhabitah Sabri berasal dari Kuala Lumpur. Beliau baru genap 22 tahun pada 12 Julai 2021 lalu.
Merupakan anak bongsu dari keempat adik beradik. Beliau belajar berenang dan menyelam bersama abang sulungnya, Muhammad Danial. Namun hanya Dhabitah yang meneruskan perjuangan selepas abangnya mengalami trauma sebelum memulakan debut bersamanya.
Peminat K Pop. Beliau menggemari kumpulan Big Bang, Blackpink dan 2NE1 selain menjadi salah seorang peminat program The Running Man.
Pada masa lapang, Dhabitah gemar menghabiskan masa dengan melakukan sukan ekstrem seperti parkour dan trampolin.
Roti canai adalah antara makanan kegemarannya.
Menyifatkan hidup seperti sebuah rollercoaster. Ada turun dan naik. "Jadi jangan takut mengambil risiko kerana ia akan berbaloi," katanya.
Merupakan pasangan penerjun Pandalela Rinong dan pernah memenangi pingat gangsa dalam platform serentak 10m pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.
Ini merupakan pentas kedua Dhabitah di Sukan Olimpik selepas di Rio pada 2016 lalu dengan 10m platform.
Instagram: @dhabitah_sabri
Kredit Foto: Majlis Sukan Negara