Perkongsian seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @ahnewyear19 mengenai hadith dan sunnah Rasulullah SAW mengenai sedekah terhadap diri sendiri, orang terdekat dan seterusnya. Semoga kita mendapat sedikit ilmu daripada perkongsian ini.

Ramai ada orang salah faham bahawa sedekah mesti dibuat tanpa mengambil kira prioriti.

Abu Hurairah RA meriwayatkan hadis dari Nabi SAW, di mana Baginda berkata:

تصدقوا
Bersedekahlah kalian

Ada satu lelaki jawab:

يا رسول الله عندي دينار
Wahai Rasul Allah, aku ada 1 dinar.

Apa jawapan Nabi SAW?

تصدق به على نفسك
Bersedekahlah dengannya ke atas diri kamu sendiri.

Di sini, Nabi SAW tak bersabda: Ha, bersedekahlah pada orang lain.

Baginda suruh belanjakan pada diri sendiri sebagai satu bentuk sedekah.

Kemudian apa kata lelaki itu?

Lelaki itu berkata:

عندي آخر
Disisiku ada lagi 1 dinar

Apa Nabi SAW suruh?

تصدق به على زوجتك
Bersedekahlah dengannya ke atas isteri kamu.

Bagi yang tak ada isteri, tunggu ada isteri nanti bolehlah bersedekah lebih-lebih pada isteri ya.

Kemudian lelaki itu membalas. Apa dia?

Lelaki itu jawab:

عندي آخر
Disisiku ada lagi 1 dinar

Apa jawab Nabi SAW?

تصدق به على ولدك
Bersedekahlah dengannya ke atas ibu bapa kamu

Lepas belanja pada diri dan isteri, Nabi SAW suruh belanja ibubapa.

Kalau kita ada lebihan duit gaji, berilah pada ibu bapa. Ini sunnah.

Kemudian elaki itu sambung lagi:

عندي آخر
Disisiku ada lagi 1 dinar

Nabi SAW menjawab:

تصدق به على خادمك
Bersedekahlah dengannya ke atas khadam kamu

Kalau tak ada khadam, tak payahlah sibuk nak cari khadam nak bersedekah.

Akhirnya lelaki itu sambung lagi:

عندي آخر
Disisiku ada lagi 1 dinar

Nabi SAW jawab:

أنت أبصر
Kamu lebih tahu (apa yang perlu dilakukan dengan duit lebihan)

[HR Nasaie, juga diriwayatkan Abu Daud]

Apa yang Nabi SAW nak sampaikan?
Prioriti berbelanja dan gunakan duit.

Untuk diri sendiri, untuk keluarga (bagi yang dah ada keluarga), untuk ibu bapa, barulah beri pada orang lain.

Tak salah gunakan duit yang ada untuk kegunaan diri sendiri dulu. Ia juga sunnah Nabi SAW.

Kredit Gambar: Pixabay

Nota: Gambar utama adalah gambar hiasan semata-mata

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @ahnewyear19 dan mendapat hampir 2,000 Retweet dan hampir 3,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot