Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Betapa Mulianya Akhlakmu, Amir. Pecutlah Ke Syurga" - Ibu Yang Kehilangan Anak, Cikgu Yang Kehilangan Anak Murid

Badrul Hashim 14/05/2020 | 01:45 MYT
Gabungan dua cerita, satu daripada guru sekolahnya dan satu lagi daripada pemandu van jenazah tentang seorang pelajar yang sama. Inilah yang disampaikan oleh Abam Botak di Facebook dan @ftzarmy di Twitter.
Pecutlah ke syurga. Itulah tajuk nukilan abang pembawa van jenazah arwah di facebook. Hari ini hari kedua (11 May), perginya pelajar aku Amir Hamzah pada bulan mulia. Kematiannya luar biasa, ramai mendoakannya. Ya Allah, siapa dia? Apa amalannya?
Sepanjang 5 bulan mula berkhidmat di sekolah satu je yang aku ingat tentang arwah, senyuman. Mungkin aku tak ditakdirkan untuk mengajar kelas Amir di tingkatan 5, hanya satu rumah sukan RUMAH BIRU. Setiap kali berselisih aku hanya nampak senyuman dan ucap salam.
Sebab sekolah aku bukan kategori sekolah elit, ramai pelajar daripada keluarga orang susah, dan ada yang bermasalah. Amir daripada keluarga asnaf, tapi sentiasa ukir senyuman macam orang tak ada masalah.
Tanyalah mana-mana guru, siapa tak lembut hati kalau jumpa pelajar macam ni. Pening kepala stress semua hilang bila ada yang tanya khabar, ukirkan senyuman. Satu lagi, Amir sangat tak suka menyusahkan orang, sampai saat-saat terakhir Amir.
Amir tak bagitau yang sakitnya makin teruk. Benda pertama yang Amir bagitau "macam mana nak belajar cikgu, kena dialisis seumur hidup?" Bayangkan. Ya Allah belajar yang kau fikir Mir dalam kau sakit-sakit ni.
Rupanya kawan aku doktor yang rawat Amir, dan dah dekat sebulan Amir dekat wad sebelum masuk ICU. Waktu ni guru-guru baru tau yang Amir sakit tenat. Sifat tak nak menyusahkan orang tu Amir tak buang sampai habis nyawa dia. Dan doktor bagitau "baik-baik je dia dekat ward".
Sebelum meninggal Amir sempat tulis nota waktu tu dia dah tak boleh cakap, untuk kebumikan sebelah atuk Amir. Nampak tak sifat tak menyusahkan Amir, mudah urusan jenazahnya, orang dah boleh gali liang lahad.
Mungkin ini amalan Amir, aku kagum aku tersentuh, yang aku hanya nampak sebelum ni Amir seorang atlet lari pecut Sandakan, hari-hari nampak training. Awal tahun sebenarnya Amir dah mula sakit perut, sampaikan Amir tak disenaraikan untuk wakil MSS, kami lepaskan untuk ragbi je.
Walaupun tak banyak kenangan dengan Amir tapi gallery aku penuh dengan wajah ceria Amir waktu sukan sekolah. Mungkin aku excited jadi cikgu, semua benda aku ambil gambar. Ni yang arwah rakam. Aku pelari pertama, line pertama yang penting rumah biru menang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Amir cakap besar nanti dia nak kerja gaji besar, sara mak dan keluarga. Takpalah Mir, besarkan istana dekat sana, rehatlah dari rumah kecik amir. Rehatlah dari kesakitan dunia.
Esok akan buat penyerahan sumbangan untuk amir, boleh salurkan melalui saya. Penerima letak "derma amir". Sama-sama kita bantu keluarganya yang kehilangan anak harapan, anak yang taat dengar kata. Bukti penyerah saya update dekat sini.
Pecah peluh, gigil tapak tangan, menitis air mata aku tulis thread ni, hilang permata kami, tapi aku abadikan thread ni untuk tontonan ramai, betapa mulianya akhlakmu Amir, semoga syurga buat amir. Al-fatihah.
Berikut pula, apa yang dikongsikan oleh Abam Botak di Facebook miliknya.
PECUTLAH KE SYURGA
Dukacitanya dimaklumkan hari ni kita kehilangan seorang pelari pecut daripada Sandakan. Semasa dalam kenderaan ibunya meraung menangis sambil mendoakan anaknya.
"Ya Allah ya tuhanku, masukanlah anakku si Amir Hamzah ini dalam Syurgamu"
Sambil tangan yang pernah mengayun buaian untuk anaknya itu masuk ke dalam keranda memeluk erat jenazah anaknya.
Balik-balik si Ibu itu mendoakan anaknya begitu.
"Ya Allah, masukkanlah anakku ini si Amir Hamzah dalam Syurgamu.
Saya yang berada dalam kenderaan turut mengaminkan saja dalam hati. Air mata saya juga sudah mulai bertakung tapi cuba ditahankan saja. Pagi ini juga air hujan turun dengan lebatnya. Mungkin turut menangisi pemergian anak soleh ini.
Arwah seorang pelari pecut Sandakan, berusia 17 tahun. Ikutkan tahun ini arwah akan mengambil exam SPM. Semasa dalam wad, dia pernah minta kepada ibunya untuk membawa buku pelajarannya ke hospital.
Namun tidak ditunaikan. Mungkin keadaannya tidak mengizinkan ketika itu. Maknanya sakit-sakit pun arwah masih bersemangat untuk belajar tuan-tuan. Ibunya pernah cakap, biarlah kau kerja apa pun bergaji kecil pun tidak apalah asalkan ada kerja.
Tapi bilang arwah, dia mahu kerja bergaji besar juga. Supaya arwah dapat jaga ibunya bila kerja nanti. Namun, apakan daya. Sayang ibu kepada anaknya tidak dapat menafikan takdir Allah.
Allah lebih menyayangi Hamba-hambanya. Takdir dan ajalnya sudah sampai. Subuh tadi dia telah meninggalkan kita semua.
Menurut Ibunya, arwah aktif bersukan sehingga layak ke Filipina jika melepasi tapisan dan latihan.
Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Berlarilah dan memecutlah selaju mahumu, menuju syurga Allahmu duhai Amir Hamzah!
Al-Fatihah - Sambil dibaca
Kredit Gambar: Twitter @ftzarmy / Facebook Abam Botak
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter, @ftzarmy dan pengguna Facebook Abam Botak. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
#GempakSpot #Kehilangan #Anak Murid
;