,
Personal Opinion | Pendapat Peribadi

#GempakSpot: Beza Antara Pembiayaan ASB Dengan Pinjaman ASB - 5 Perkara Asas Yang Anda Patut Tahu

Gempak Spot
18/06/2019
03:41 MYT
Saya tengok ramai sangat yang 'tertipu' tentang pembiayaan (financing) dan pinjaman (loan) ini. Jom saya kongsikan 5 perkara asas yang anda perlu tahu untuk elak ditipu.
1. Apa perbezaan ASB Financing dan ASB Loan
Pembiayaan ASB (ASB Financing) ini Islamik dan patuh Syariah manakala Pinjaman ASB (ASB Loan) adalah konvensional. Hala tuju duit dijamin. Jadi kepada yang beragama Islam, lebih baik ambil yang Islamik. Sudah banyak bank yang buat patuh Syariah.
2. Kadar Keuntungan VS Kadar Dividen
Kadar keuntungan ialah kadar peratus yang bank akan caj dari keseluruhan pinjaman ASB anda (cari nilai yang paling rendah). Lagi rendah, lagi untuk yang anda dapat.
Kadar dividen ialah kadar peratus keuntungan yang anda akan dapat dari simpanan ASB (purata 7%) tapi tidak tentu juga kerana ada turun naik. Tetapi anda akan tetap untung selagi tiada penurunan drastik yang mana sukar untuk berlaku.
3. Jumlah dan Tempoh Pinjaman
Selalu jumpa 'promosi' macam ni kan?
"Nak beli kereta dan kahwin dalam masa 3 tahun? Ayuh maksimumkan pinjaman anda sehingga RM200K, Lepas 3 tahun anda dapat kahwin dan beli rumah sekaligus"
Ini semua mengarut.
Saya tak tahu bagaimana anda boleh percaya dan akhirnya anda tak akan mampu untuk bayar sebab gaji tidak mencukupi dan komitmen sangat tinggi. Nak buat pinjaman kereta / rumah pun sangkut.
Untuk jumlah, anda tidak perlu mulakan terus dengan banyak. Boleh bermula dengan RM50K dahulu, ataupun maksima jangan lebih RM100K, yang mana bulanan dalam RM250++ dan RM500++ (purata). Jangan mudah terpedaya dengan muslihat sesetengah pihak.
Untuk tempoh pinjaman, tarik panjang pun tiada masalah kerana anda nak menyimpan, bukan nak melabur. Menyimpan kan kena lama, bukan simpan hari ini, esok dapat hasil dah (seeloknya maksima sampai 30 tahun saja).
4. Pengiraan
Pengiraan ini penting untuk anda ambil tahu, senang cerita terbahagi kepada 3 jenis pengiraan yang penting iaitu pengiraan bayaran bulanan, nilai serah (surrender value) dan kadar dividen peroleh setiap tahun.
Pengiraan ini anda boleh saja google untuk tahu lebih lanjut. Di YouTube juga ada. kalau masih tidak faham, boleh sahaja PM saya untuk bertanya.(Akaun Twitter ada dikongsi di bawah)
5. Kemampuan
Anda kena tahu tahap kewangan masing-masing. Jangan pernah samakan dengan rakan lain, kalau mampu RM200, buat sahaja yang bayaran bulanan RM200. Lain orang lain jumlah komitmen bulanannya. Jangan tamak!
Yang paling penting, anda jangan mudah terpedaya dengan muslihat yang suruh maksimakan pinjaman untuk dapat keuntungan banyak. Mengarut!
Ambil tahu secara keseluruhan dari segi pengiraan, keuntungan, risiko kerugian dan maklumat terperinci sebelum mulakan.
Saya adalah staff bahagian Personal Financing Bank Simpanan Nasional, dan ASB Financing ini adalah sebahagian dari tugas saya.
Kredit Gambar: Google
Perkongsian ini dikongsi oleh Muhammad Norazmir bin Harif Menggunakan akaun Twitter @AzmirHarif dan mendapat lebih 10 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FinancialFaiz: Ramai Yang Dah Tak Guna Wang Tunai, Ini Tiga Sebab Kenapa ‘Cashless Payment’ Jadi Pilihan

gempak
09/11/2024
12:55 MYT
Menurut Pendidik Kewangan, Financial Faiz terdapat tiga sebab kenapa kita perlu gunakan pembayaran tanpa tunai ini.
Hiburan

#FinancialFaiz: 4 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Risiko Membeli Kereta Secara Sambung Bayar

gempak
02/11/2024
12:55 MYT
Berikut adalah beberapa risiko utama yang perlu dipertimbangkan oleh pembeli sebelum memilih kaedah ini.
Gaya Hidup

#FinnancialFaiz: Dah Bersedia Untuk Kahwin? Ikuti Langkah Efektif Untuk Simpan Duit Bagi Majlis Impian Anda

gempak
19/10/2024
12:55 MYT
Ikuti beberapa langkah yang dikongsikan oleh pendidik kewangan, Finnancial Faiz.
Berita

#FinancialFaiz: Dah Sedia Nak Miliki Teratak Indah? Ikuti 4 Tip Mudah Sebelum Anda Beli Rumah

gempak
05/10/2024
06:55 MYT
Untuk memastikan pembelian rumah anda berjalan lancar dan bijak, terdapat beberapa tip penting yang perlu diambil kira.
Hiburan

Akui Isu Duit Antara Punca Masalah Utama Band Muzik, Kugiran Masdo Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Ketelusan Amat Penting Kerana…”

gempak
26/09/2024
18:55 MYT
Kumpulan Kugiran Masdo menyedari isu melibatkan kewangan akan menjadi salah satu punca utama masalah yang akan timbul dalam sesebuah band muzik.
Unitar