Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakSpot: “Biar Betul Dia Suruh Aku Tengokkan Sandal Dia Masa Dia Solat. Siap Bagi Upah RM20 Lagi”

Gempak Spot
25/11/2019 06:41 MYT
Seorang pemuda pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @czero_ berkongsi kisah seorang temannya yang meminta dia menjaga sandal ketika temannya itu bersolat. Ceritanya mudah sahaja tetapi banyak pengajaran yang kita boleh perolehi.

Seorang kawan aku minta aku tengok-tengokkan sandalnya ketika kami berhenti solat di sebuah masjid. Mula-mula aku ingat dia berjenaka, tapi dia bagi aku RM20. Jadi aku sajalah google tengok sandal tu.



Untuk pengetahuan semua, kawan aku bukan saja-saja pergi masjid pakai macam tu. Kami pergi kenduri kahwin kawan sekolah. Kenalah pakai smart. Masa tu dah dekat pukul 7 petang jadi kami semua pulun nak kejar solat Asar. Masjid pun kosong lagi.



Aku memang goyang kaki tunggu kawan-kawan lain habis solat. RM20 percuma macam tu siapa nak bagi, kan!

Tipulah kalau korang tak gunakan peluang yang ada untuk ‘tunjuk’ sikit. iPhone letak atas meja, tangan sentiasa atas meja jadi orang nampak cufflink dan lain-lain lagi.

Ada yang kata tak boleh pakai selipar pergi kenduri kawin? Aku pakai Flipper je pun semalam. Tak ada siapa nak bising pun, janji tak bogel. Maaf, kami tak aware kenduri level level datuk yang korang selalu pergi ni. Lain kali aku pakai crocs pulak.



Bila tengok balik gambar kenduri semalam, sebenarnya kawan aku tu memang pakai kasutlah semalam. dia tukar pakai selipar dalam kereta selepas habis kenduri.

Cerita ini mendapat pelbagai komen yang positif sebenarnya. Yang penting melalui cerita ini, bukanlah harga sandal yang dipakai tetapi dalam apa jua keadaan sekalipun, dia tidak meninggalkan solat.

Kredit Gambar: @czero_

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @czero_ dan mendapat lebih 16,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
#GempakSpot #Solat #Sandal
;