Untuk pelajar beragama Islam yang menuntut di sekolah agama, salah satu subjek yang diajarkan di sekolah adalah Akhlak.
Secara ringkas, akhlak merangkumi perbuatan atau sifat sifat yang baik dalam kehidupan seharian dan dalam masyarakat. Contohnya, menolong orang; itu akhlak. Tidak mempersendakan orang; itu akhlak. Memiliki adab yang baik, itu juga akhlak.
Saya percaya untuk semua umat manusia yang menganut kepercayaan agama masing masing, tidak ada satu agamapun yang mengajar untuk memiliki akhlak buruk atau melakukan perbuatan jahat.
Kita yang memilih untuk memiliki akhlak kurang terpuji; sama ada sebagai sebuah eksperimentasi atau tindakan riak untuk nampak lebih ke hadapan dari orang lain. Dan sebaliknya.
Cerdik pula satu perkara lain. Cerdik atau juga dikenali dengan perkataan pandai, bijak. Dalam perkataan orang putih atau Inggeris, bahasa mudahnya clever, tapi ada juga menyebut sebagai Intelligence.
Malah laman web educalingo.com menyatakan, kata cerdik telah mempunyai sebanyak 25 terjemahan termasuk dalam bahasa Jepun, Cina, Corsica dan Hindi.
Jangan cepat jatuh hukum. Saya tidak menyokong kita okay untuk menjadi kurang cerdik, tetapi saya juga tidak boleh katakan saya setuju sepenuhnya untuk menjadi cerdik secerdiknya.
Sebab kalau kurang cerdik, kita masih boleh belajar, kalau sudah berasa terlalu cerdik pula, kadang kala sukar diajar.
Lihat bagaimana inspirasinya kisah pemegang ranking nombor satu dunia bagi kategori pecut individu, Azizulhasni Awang yang menceritakan digelakkan pelajar PhD berbangsa Melayu yang menertawakannya kerana kurang baik dalam penguasaan bahasa Inggeris sewaktu pertama kali tiba di Melbourne, Australia pada 2007.
Namun, kesungguhan beliau menekuni bahasa Inggeris, sementelah warga Australia atau mat saleh tidak memperlekeh penguasaannya membuat jaguh berbasikal trek negara yang dikenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu, hari ini menjadi salah satu figura disegani dunia.
Jadi adalah lebih baik kurang cerdik dan ada inisiatif memajukan diri, sekali berlari dengan akhlak yang baik.
Apakah sebenarnya yang cuba saya sampaikan dalam #Gempakspot minggu ini? Apa kaitan antara cerdik dan akhlak.
Walaupun ini adalah dua entiti berbeza, namun dalam kehidupan, cerdik atau akal fikiran dan akhlak sangat berkait rapat. Cerdik atau bijak sahaja tanpa akhlak akan 'membunuh' seseorang secara lambat laun.
Akhlak dengan kurang cerdik juga tidak akan membawa kita meneroka jauh kerana ilmu adalah hal yang sangat dititik beratkan dalam kehidupan.
Sebagai contoh, kurang cerdik berbahasa Inggeris menjadi satu 'dosa besar' atau bertutur dalam bahasa Melayu itu keciciran.
Sayangnya, semakin moden dunia, kita melihat semakin banyak yang keciciran akhlak. Bijaknya sudah diiktiraf dunia. Cakapnya berdegar degar sampai boleh mempersona manusia.
Namun menyentuh akhlaknya, tidak tahu tercicir di mana.
Lihat di kiri, pandang di kanan, maju ke depan. Bersepah orang bijak atau cerdik. Sampai orang kurang cerdik berasa was was untuk bercakap, bimbang nanti dipermalu, dijadikan bahan santapan satu dunia.
Walhal, bukankah sepatutnya orang cerdik dengan akhlak yang baik akan menuntun orang kurang cerdik dengan cermat dan molek? Supaya orang cerdik dan berakhlak bertambah ramai.
Kadang kadang saya berasa dunia semakin pelik. Saat ia makin maju, tahap kecerdikkan boleh tembus ke bulan dan pulang ke bumi, tapi rupa rupanya akhlak telah keciciran di tengah jalan.
Wahai netizen, dan peringatan untuk diri saya sendiri, jika kita fikir kita cerdik, bukalah minda lebih luas; ada jutaan manusia lebih cerdik yang memilih diam dan memasang kalimat Silent is Golden. Atau bahasa rempit 'Simpanlah bodoh tu sikit'.
Sebab pada saat kita sedang mempersendakan orang lain, sebenarnya tanpa sedar kita sedang dipersendakan oleh cetek akhlak dan kurang cerdik.
Sekian saya akhiri dengan kalimat daripada Permaisuri Agong kesayangan kita, Tunku Azizah yang menciap di Twitternya pada tahun 2019 silam: "Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau bahasa Inggeris saya tidak betul, saya tidak malu kerana itu bukan bahasa Ibunda saya.
"Saya anak Melayu!"
Jadi moralnya, jangan pernah berasa malu jika kurang cerdik kerana kita boleh belajar, tetapi malulah kalau kita cetek akhlak kerana ia sukar dibentuk jika 'tidak dilentur dari rebung'.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Kredit Foto: Vorteg
Maliah Surip
Mon Feb 22 2021
Ajai Tak Peduli Orang Maki, Jujur Mengkritik Lebih Penting? | No Filter - EP04
"Siapa tak kenal kelantangan Ajai kalau bagi komen dekat peserta pertandingan nyanyian? Uishhh! Pedih! Tapi ada sebabnya?
Jom saksikan full episod No Filter sekarang!
No Filter
️ Setiap Isnin
⏰ www.gempak.com | 12 tengahari
Astro Ria | 8:30 malam
#NoFilterSeries
#GempakOriginalSeries
#AstroBaharu
#TakMacamDulu"
Jom saksikan full episod No Filter sekarang!
No Filter
️ Setiap Isnin
⏰ www.gempak.com | 12 tengahari
Astro Ria | 8:30 malam
#NoFilterSeries
#GempakOriginalSeries
#AstroBaharu
#TakMacamDulu"
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.
"Silence Is Golden" - Ruhainies
Pelakon Ruhainies tampil berkongsi sepotong ayat di Instagram Storiesnya seolah-olah memberikan respons terhadap kemelut yang menjerat dirinya ketika ini.
Radin Terpaksa Tangguh Kahwin Sebab Keadaan Kesihatan Kekasih - “Saya Bawa Dia Pergi Berubat…”
Semoga urusan Radin & pasangan dipermudah.
Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.