Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakSpot: "Bila Ayah Anak-Anak Tanya Buat Projek Apa Malam-Malam, Barulah Terbongkar!"

Gempak Spot
07/09/2020 00:22 MYT
Kisah ini dihantar oleh Kak Ana untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.

Semasa mula-mula duduk kat kuarter F (tingkat 2) ni kita selalu dengar bunyi kerusi ditarik. So, Kak Ana pun pesan kat anak-anak jangan tarik kerusi nanti orang tinggal kat bawah dengar bunyi kerusi kita, kan bising bunyi tu boleh menganggu jiran.

Kadang-kadang ada bunyi ketukan tukul, drill waktu lewat malam. Semua bunyi tu dari atas. Mula-mula bunyi bising tu tak berapa kerap dan tak berapa nyaring. Dari tahun ke tahun bunyi hampir setiap malam dan bertambah kuat. Memang menganggu sangat sebab kita nak tidur.

Pada satu malam, Kak Ana tidur lewat sebab buat return, tiba-tiba bunyi kerusi ayah anak-anak yang beroda bergerak di belakang Kak Ana. Kedudukan kerusi meja komputer ayah anak-anak memang di belakang Kak Ana masa tu. Bila mendengar kerusi tu bergerak, Kak Ana pun menoleh, memanglah tak ada orang kerana semua orang dah masuk tidur.

Kak Ana sambung buat kerja, buat-buat tak tahu. Beberapa minit kemudian bunyi kerusi bergerak lagi, kali ni Kak Ana tak menoleh tetapi Kak Ana berkata, "kalau nak duduk, duduk je lah diam-diam". Dah tu Kak Ana sambung buat kerja sampai siap, bunyi kerusi bergerak pun tak ada dah.

Pada malam yang lain, bunyi ketukan tukul, bunyi mesin drill agak kuat bunyinya. Kak Ana pun hairan, apalah jiran kat atas tu buat tengah-tengah malam macam ni. Apalah agaknya projek dia orang. Soalan tak berjawap pun.

Sepanjang tinggal kat situ, tak pernah terfikir pun nak bertanya atau menegur agar dia orang jangan buat bising tengah-tengah malam. Yalah, mungkin kerana Kak Ana tak ada anak kecik maka tak lah kisah sangat. Mungkin waktu siang jiran kat atas tu sibuk buat kerja lain, hingga tak sempat siapkan kerja-kerja tukang tu. Kami sekeluarga berfikiran positif. Cuba memahami jiran. Kami pun dah lali dah dengan bunyi bising tu.

Bila kami berpindah ke Taman Desa Damai pada Ogos 2013, barulah CERITA hantu TUKANG terbongkar. Setelah berpindah, ayah anak-anak terserempak dengan jiran kat atas tu. Ayah mereka sempat borak-borak sehingga bertanya PROJEK tukang tengah malam. Jiran kita tu betul-betul terkejut bila mendengar cerita bunyi bising tu. Dia bagi tahu, yang mereka tak ada buat apa-apa pun, selalunya mereka awal tidur.

So, barulah kita orang tahu yang bunyi bising tu adalah bunyi HANTU tukang. Kak Ana pun teringat, yang sebelum tu jiran di hadapan rumah Kak Ana pernah dengar bunyi ketukan lesung batu dari rumah Kak Ana waktu tengah malam.

Setelah lebih 7 tahun barulah kami sekeluarga tahu yang kami tinggal serumah dengan HANTU tukang kat kuarters tu.

Kredit Gambar: Kak Ana

Kisah ini dikongsi oleh Kak Ana untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot

#Seram #GempakSpotXAlthea #Bunyi Bertukang
;