Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Bila Pengorbanan Tu Berkait Dengan Restu, Aku Kibar Bendera Putih"

gempak
Gempak Spot
08/09/2020
01:37 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Bila Pengorbanan Tu Berkait Dengan Restu, Aku Kibar Bendera Putih"
Kisah ini dihantar oleh Dot R untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Bismillahirrahmanirrahim. Aku just nak share cerita aku ni dekat semua yang baca dan aku seronok sangat dapat 'platform' macam ni untuk share pengalaman aku.
Kahwin? Hmm... Bila umur dah dekat 25 tahun ni mulalah masuk fasa kawan-kawan bertunanglah, berkahwinlah, beranaklah dan aku sedang lalui fasa kawan-kawan aku macam tu.
Alhamdulillah rezeki depa dan aku seronok untuk depa semua. Dan dalam fasa umur macam ni jugaklah family dan mak pak sedara semua tanya aku bila nak kahwin, nasihatkan jangan memilih sangatlah nanti tak kahwin terus.
Sampai ada yang nak tolong carikan jodoh untuk aku. Aku biarkan saja, malas nak cakap apa. Aku ada alasan sendiri kenapa aku tak fikir lagi tentang kahwin semua ni.
Tipulah kalau tak ada niat nak kahwin, nak ada pasangan, nak ada anak-anak yang comel-comel tetapi pengalaman lepas buat aku lebih berhati-hati. Berhati-hati dalam memilih pasangan.
Bercinta? Pengalaman? 2017. Tahun yang aku rasa 'yes, he is the one!' Aku yakin dengan dia. Hubungan kami happy. Study jadi semangat sikitlah konon dia motivasi aku untuk study.
Lepas setahun hubungan kami, 2018 aku bawa dia untuk kenalkan dengan semua family aku. Makcik pakcik aku semua dan Alhamdulillah semuaa okay dengan dia, semua terima hubungan kami.
Aku lagilah yakin dan dah siap rancang tahun 2020 kita mesti move to another step. Dia setuju dan aku sebagai wanita mestilah gembira lelaki yang aku sayang serius dengan aku, nak kahwin dengan aku.
Tapi... Semua keyakinan aku musnah pada tahun 2019. Dalam aku gembira tu aku sedih. dalam aku gelak tu aku menangis. Januari 2019. Aku lepaskan dia sebab aku sangat cintakan dia.
Erti kata lain, restu dari sebelah pihak saja tak cukup. Restu tu yang akan jadi salah satu tiang dalam perkahwinan nanti. Aku tak berani ambil risiko teruskan hubungan tanpa restu. Kami cinta satu sama lain, kami sanggup berkorban untuk hubungan kami. Tapi bila pengorbanan tu berkaitan restu aku kibar bendera putih.
Bukan aku tak cuba tapi aku penat mencuba kalau hanya aku yang beria dan dia keliru untuk buat keputusan. Aku tak salah dia dan aku tak minta dia memilih antara aku dan keluarga dia. Aku rela undur diri daripada musnahkan hubungan darah daging hanya sebab aku pentingkan perasaan cinta aku.
Jadi, aku masih mencari dan memilih. memilih pasangan yang ada cinta dengan restu bukan cinta tanpa restu.
Assalamualaikum.
Kredit Gambar: Pelindung Seorang Puteri
Nota: Gambar utama hanyalah gambar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh Dot R untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live