Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Black Or White Thinking, Sejenis Pemikiran Tidak Sihat"

Gempak Spot 16/07/2020 | 01:15 MYT
Gangguan fikiran memang sering terjadi pada kita semua. Perkongsian Psikologis Klinikal dan juga penyarah Psikologi, Akif Basri di Twitter miliknya, @akif_basri mungkin boleh membantu anda yang mengalami masalah ini. Semoga mendapat manfaat.
Selalu terlalu banyak berfikir (overthinking)? Fikiran ini, dia datang dan pergi. Ada yang kekal lama, ada yang sementara sahaja. Tak semua apa yang berlalu dalam fikiran itu betul.
Fikiran hanyalah fikiran. Apa contoh jenis pemikiran yang tidak sihat?
Antaranya ialah:
Black or white thinking.
Maksudnya, cara fikir dikotomi (antara dua ekstrem) sama ada hitam atau putih sahaja.
Tiada kelabu, tiada pertengahan.
Cara fikir ni biasanya ada dalam kalangan mereka yang ada kemurungan (depression), kegelisahan (anxiety) dan ideasi bunuh diri (suicidal ideation).
Contoh pemikiran "black or white thinking" dalam kehidupan seharian:
1. Kalau aku tak dapat masuk universiti, aku seorang yang tak berguna, gagal, baik aku mati je.
2. Hidup aku tak dah berguna sebab aku dah kena buang kerja.
3. Pandangan aku semua betul, kau semua salah
4. Hari ini aku dah tertinggal solat Subuh, baik tak payah solat langsung terus.
5. Aku makan ubat ni tak sembuh pun, baik tak payah makan langsung.
6. Dia tak reply mesej aku ni, mesti dia benci aku, dah tak sayang aku.
7. Aku je boleh rapat dengan dia. Kalau aku tak dapat rapat dia, semua orang tak boleh.
8. Parti yang aku sokong semua betul, parti yang lawan semua salah
9. Sekali kau buat silap dengan aku, sampai mati aku tak maafkan
10. Dosa aku terlalu banyak, tak mungkin Tuhan ampunkan
Macam mana nak ubah pemikiran begini?
1. Kena sedar dengan pemikiran kita. Bila masa kita berfikiran "black or white thinking?" Dengan siapa? Waktu bila?
2. Cuba kenal pasti, pemikiran itu buat kita rasa macam mana? Marah? Sedih? Kecewa?
3. Cuba kenal pasti lagi, bila fikiran itu datang dan mempengaruhi apa yang kita rasa, apa tindakan kita lepas tu? Menyendiri sebab takut nak keluar bilik? Rasa nak self harm?
4. Lepas dah mengenal pasti 1-3, tanya diri sendiri soalan-soalan ini:
- Betul ke apa aku fikir ni?
- Apa yang menyebabkan aku jadi fikir macam ni?
- Apa bukti kepada apa yang aku fikir ni?
- Apa bukti yang menolak apa yang aku fikir ni?
- Ada penerangan lain kepada apa yang aku fikir ni?
- Ada tak cara fikir lain yang lagi membantu?
- Kalau kawan aku fikir macam ni, apa aku akan nasihat kat dia?
- Kalau ya pun benda tu jadi, apa benda paling teruk yang mungkin terjadi? Kalau terjadi, aku boleh atasi tak?
Lagi baik, tulis semua benda di atas. Supaya kita sendiri nampak hubungan cara fikir, perasaan dan tingkah laku kita. Kita boleh kawal pemikiran kita.
Silap kita bila kita layankan sahaja tanpa mengenal pasti mana yang baik dan buruk. Lama-lama semua pemikiran buruk menguasai diri.
Memang tak mudah. Agak kompleks untuk diterangkan secara terperinci di sini.Ini asas kepada Cognitive Behaviour Therapy (CBT).
Datanglah terapi, kita bagi panduan macam mana nak kawal pemikiran kita.
Rujukan: Al-Mosaiwi, M., & Johnstone, T. (2018). In an absolute state: Elevated use of absolutist words is a marker specific to anxiety, depression, and suicidal ideation. Clinical Psychological Science. doi: 10.1177/2167702617747074, Mukhtar, F. & Phang, C.K. Jom-lah FIKIR. 2014. A Guide on Transforming Thoughts for Your Wellbeing. Department of Psychiatry & Mental Health, Faculty of Medicine & Health Sciences, Unversiti Putra Malaysia (UPM).
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh Psikologis Klinikal yang juga pensyarah psikologi, Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri mendapat hampir 5,000 Retweet dan lebih 6,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
#GempakSpot #Psikologi #Pemikiran
;