Perkongsian yang sangat baik oleh pengguna Twitter Haziq Mahmur menggunakan akaun Twitter @Haziqmahmur9 tentang satu kajian yang dibuat berdasarkan rujukan Professor Dr. Abdul Muati Ahmad.

Gobek Api - Satu Ciptaan Melayu Untuk Dunia

Gobek api ialah sejenis alat yang digunakan untuk menyalakan api. Ia diperbuat daripada kayu atau tanduk dan ada yang dihias dengan perak dan emas.

Fungsinya sama dengan lighter hari ini. Gobek api dicipta dan digunakan di nusantara sejak abad ke 17.

Ia berdasarkan prinsip pemampatan (combustion). Udara yg dimampatkan melalui tekanan omboh (piston) menghasilkan kepanasan sehingga 800°F.



Justeru ia boleh membakar cebisan kapas, kekabu atau habuk dari daun enau atau dedalu yg mudah terbakar yang diletakkan di hujung omboh.

Ertinya saintis Melayu dulu sudah faham ilmu kimia, fizik dan biologi untuk menghasilkan alat kecil yang merupakan inovasi Melayu ini.



Malah seorang saintis Jerman dalam artikel beliau menyatakan kekaguman terhadap ciptaan Melayu ini dan menganggap gobek api inilah yang mencetuskan idea untuk Jerman menghasilkan sistem enjin diesel (boleh Google dan baca sendiri).

Apa pun kedatangan pengembara Eropah ke Nusantara pada abad ke 18 menyebabkan mereka terlihat gobek api ini lalu dibawa pulang dan dikaji.



Akhirnya pada lewat abad ke 18 saintis Perancis dan Britain mendaftar paten untuk alat ini. Awal abad ke 20 pula seorang pereka Amerika Syarikat mendaftar paten di USA di bawah nama fire piston.

Lihatlah betapa mereka menciplak ciptaan nenek moyang kita, memanggilnya dgn nama teknologi primitif dan kemudian mengaku yang ia hasil ciptaan mereka.

Di mana prinsip intellectual property yang mereka agungkan?

Apapun sedarlah semua bahawa org Melayu telah mencipta teknologi ini 200 tahun sebelum Barat mampu mencipta alat menghidupkan api.



Pada 1805 barulah Jean Chancel mencipta macis di Paris. Pada 1910 barulah Ronson mencipta lighter diikuti Zippo 1932.

Jadi sedarlah wahai orang Melayu bahawa anda sebenarnya bangsa yang cerdik dan pernah memberi sumbangan besar kepada tamadun dunia.

Rujukan: Professor Dr. Abdul Muati Ahmad.



Kredit Gambar: Twitter @Haziqmahmur9

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Gaziq Mahmur menggunakan akaun Twitter @Haziqmahmur9. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]