Sebagai seorang ‘lady driver’ yang pergi balik kerja seorang diri, saya akan pastikan saya faham semua 11 simbol emergency yang ada dalam kereta ini. Kalau jadi apa-apa nanti senang!

1. Amaran Brake Tangan


Ada masalah pada sistem brek, ABS / cecair brake berkekurangan (Low brake fluid)

2. Amaran Suhu Enjin


Cepat-cepat berhentikan kereta dan buka bonet. Biarkan sehingga suhu panas berkurangan.

3. Check cecair penyejuk


Cecair coolant / penyejuk kereta rendah. Check dan tambah cecair penyejuk / coolant segera!

4. Amaran Minyak Enjin


Enjin kereta kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru.

5. Bateri Kereta


Caj bateri kurang / alternator ada masalah. Sementara nak bawa pergi workshop, boleh berhenti menggunakan aircond atau radio seketika.

6. Beg Udara


Berkemungkinan beg udara ada kerosakan dan anda kena cepat-cepat ganti.

7. Amaran Minyak Brake


Cecair brake kereta berada pada tahap rendah, periksa tahap cecair kerana ia akan berkekurangan apabila brakepads habis.

8. Check Enjin


Ada banyak faktor sebenarnya. Kurang kuasa enjin, atau elektrikal sensor korang ada masalah.

9. High Beam


Yang ni saya selalu je terpasang siang-siang buta. Hehe.

10. Pemanas Cermin Belakang


Yang ni selalunya driver guna bila keadaan sedang berkabus.

11. Amaran Penstabil Kereta


TCS berada didalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS - sistem yg kawal tayar daripada tergelincir & memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan.

Kredit info di atas: Blog @MauKerjaMY

Kredit Gambar: Twitter @dabooradzi

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @dabooradzi. Perkongsian beliau mendapat lebih 37,000 Retweet.Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]