Hospital Kuala Lumpur pertama kali dibina pada tahun 1870 dengan hanya tiga wad. Kini, di tahun 2021, Hospital Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai HKL mempunyai 83 buah wad dan 2,502 buah katil.
HKL juga adalah sebuah hospital terbesar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan dianggap salah satu yang terbesar di rantau Asia tenggara (ASEAN).
Ini bukan semata cerita mengenai sejarah HKL. Saya catatkan ia di permulaan cerita sebagai basa basi. Sebenarnya ingin bercerita tentang banyak kisah yang terjadi di tingkat 4 bangunan baharu HKL. Lebih tepat di bahagian Kompleks Pakar & Rawatan Harian (SCACC) HKL.
Ini pengalaman sahabat. Saya kongsikan di sini. Katanya, selain untuk berkongsi cerita daripada pengalaman peribadi, dia ingin masyarakat tahu mengenai tingkat 4 HKL ini, "mana tahu satu hari nanti tergerak untuk mendapatkan rawatan," katanya lagi.
Okay, menurut teman saya, salah satu fungsi penting di tingkat 4 bangunan bahagian Kompleks Pakar & Rawatan Harian HKL ini ada Klinik Psikiatri & Kesihatan Mental. Ya, unit atau Klinik Psikiatri & Kesihatan Mental.
Beberapa tahun kebelakangan ini, unit tersebut tidak asing bagi teman saya. Dulu, pertama kali menjejakkan kaki, dia risau, apa lagi waktu itu tidak menyangka kalau perlu dirujuk ke unit tersebut. Lagi pula mengingatkan keadaan hospital kerajaan yang jauh berbeza suasananya dengan hospital swasta.
Kesihatan mental, gilakah aku? Kronik sangat ke sakit aku? Begitu, persoalan yang hampir satu bulan berlegar di kepala sebelum dia memberanikan diri menerima rawatan di sana.
Selepas menjadi salah satu 'warga tetap' setiap bulan malah pernah dalam sebulan beberapa kali perlu berulang alik mendapatkan rawatan di sana, dia mula menerima bahawa setiap sesuatu yang Allah berikan pasti ada jalan keluar jika kita mahu menolong diri.
"Pertama kali rawatan, percuma dan seterusnya bayar RM5 untuk setiap sesi bertemu doktor dan ubat ubatan yang tak boleh dibeli di farmasi atau harganya jauh lebih mahal di hospital swasta.
"Plus, jangan terkejut ya HKL dan aku percaya hampir semua hospital kerajaan di seluruh negara sudah mempunyai kualiti dan servis setaraf hospital swasta. Servis efisyen dan suasana hospital bertaraf A serta teratur," katanya.
Ditanya apa masalah kesihatan mental yang dialami, dia kata lain kali cerita. "Nanti. Aku nak cerita pengalaman hidup yang banyak aku kutip di tingkat 4 HKL ini.
Saya bersetuju. Membenarkan dia bercerita dan sesekali kami ketawa, dan dalam kebanyakan masa berasa insaf.
Menurut teman saya lagi, Klinik Psikiatri & Kesihatan Mental HKL ini adalah penyelaras penting program-program perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental di Malaysia. Jadi kalau ada masalah atau gangguan kesihatan mental, datanglah menerima rawatan psikiatri di sini.
"Selama mendapatkan rawatan di sini, macam macam orang aku jumpa. Paling sedih bila lihat banyak orang tua yang mengalami gejala Alzheimer atau kata mudah, mula kehilangan memori secara perlahan lahan.
"Ramai. Ada lelaki dan perempuan. Ada yang sudah bertongkat atau berkerusi roda. Kadang kadang seperti ada seorang 'tukang bawa', mungkin dari rumah kebajikan orang tua atau penjaga yang diupah anak anak, membawa mereka dalam kebingungan.
"Kalau tengok lama lama, aku akan sedih, teringat mak dan bapa di rumah. Sebab kadang kadang ada yang berseteru. Suami salahkan isteri. Isteri pula marahkan suami hanya sebab masing masing terlupa bawa buku rawatan. Aduh apalah nasib aku bila tua nanti," kata teman saya.
"Ada satu kali. Seorang apek cina datang terus duduk di lantai di depan aku. Dia kemudian tanya orang yang lalu lalang menunggu giliran jumpa doktor.
"'Nak beli nombor tak? Nak beli? Cabutla nombor' sambil ketuk telefon dan bercakap walaupun tanpa dering. Aku nak ketawa, tapi takut kena sepak," katanya tersenyum.
Teman saya juga ada pengalaman melihat seorang lelaki dalam usia yang tidak terlalu tua, datang dan menghantukkan kepala di dinding sampai berdarah kerana tidak mahu menunggu giliran.
"Jadi kau nak cakap apa sebenarnya ni? Nak cakap semua yang kau jumpa gila?" tanya saya.
"Itulah stigma orang macam kau. Tak cuba menyelami masalah di sebalik perlakuan dan tindakan mereka.
"Mana ada orang nak jadi gila. Atau mana ada orang nak hidup dengan masalah kesihatan mental sehingga boleh menjejaskan aktiviti harian mereka.
"Tak akan ada. Tapi sekurang kurangnya, mereka membantu diri sendiri dengan mendapatkan rawatan agar dapat mengekang masalah dan mudah mudahan pulih. Daripada segelintir yang hidup in denial," katanya selamba.
Saya diam. Tak tahu nak balas apa. Saya tanya lagi, ada mesej apa nak sampaikan kepada pembaca?
Teman saya kata kalau ada masalah lazim seperti masalah tekanan perasaan (stress), kemurungan (depression), keresahan (anxiety), was-was (obsessions and compulsions) dan trauma, pergilah dapatkan rawatan.
Ketiga tiga masalah gangguan kesihatan ini kata teman saya hanya sebagai contoh. Sebab menurutnya kebanyakan yang datang mendapatkan rawatan di sini adalah mereka yang memiliki gejala seperti ini. Ada yang remaja seawal usia 15 tahun sampai ke warga emas.
"Jangan pendam dan jangan pandai pandai diagnos sakit sendiri sampai ada jumpa bomoh dan sebagainya. Dapatkan rawatan yang sepatutnya dan selalu rujuk pakar, bukan doktor Google," katanya lagi.
Caranya adalah dengan dapatkan pemeriksaan dan surat rujukan daripada mana-mana doktor yang bertauliah (seperti di klinik kesihatan atau klinik swasta terdekat).
Setelah itu, sila hadir (bersama surat rujukan) ke Klinik Pakar Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HKL yang terletak di tingkat 4 bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC) semasa waktu pejabat iaitu Isnin - Jumaat pukul 7.30 am - 4.30 pm, (Waktu rehat Isnin-Khamis 1.00 pm – 2.00 pm; Jumaat: 12.15 pm– 2.45 pm).
"Kena datang ikut waktu temu janji kalau tidak susah," dia ingatkan lagi.
Kemudian teman saya pesan, nanti ada masa, dia kembali cerita lagi. Tentang masalah gangguan mental yang dihidapi dan cerita cerita kehidupan di Tingkat 4 HKL ini.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Kredit Foto: Clinical Research Malaysia
Maliah Surip
Mon Mar 01 2021
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok X Astro - Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya