Travel | Percutian
#GempakSpot: “Cerita Macam Mana Aku Pergi Korea Balik Hari Dan Terus Ke Bandung” - Perancangan Setahun Hancur Musnah Tanpa Sebab
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Nør Azam tentang bagaimana dia dan empat sahabatnya dihantar pulang sebelum dapat bercuti di Korea Selatan baru-baru ini.
So basically ini cerita pasal macamana aku pergi Korea balik hari lepas tu tiba-tiba ada di Bandung.
Pertama sekali aku nak minta maaf kalau cara penulisan aku agak berterabur sebab ini kali pertama aku berkongsi tentang pengalaman bercuti aku di media sosial. Aku malas sebenarnya nak menulis tapi ramai kawan-kawan aku suruh kongsikan tentang hal ini, jadi inilah ceritanya..
Nak dijadikan cerita aku dengan empat orang kawan sekerja aku merancang untuk pergi ke Korea Selatan (perancangan setahun). Dah la cuti boss tak nak sign (hampeh punya boss) tapi kami cuti juga kerana semua dah tempah dan bayar. Jadi 6 Nov 2019 tu flight kami. Jadi seperti biasalah siapkan apa yang patut, kami pun terbang ke Korea Selatan.
Bermula lah kisah pengembaraan lima anak muda ke Korea balik hari. Hahaha. Sampai saja di Incheon Airport tu masing-masing dah excited dah ni (percutian setahun dirancang mahu tak excited) jadi kami beraturlah macam biasa. Sampai giliran aku di tempat imigration tu, dia ambil passport aku.
Lepas tu dia macam berbual-bual dengan kawan sebelah dia sambil tunjuk-tunjuk passport aku. Aku dah rasa lain macam dah. Lepas tu benda yang aku jangka sebelum ni terjadi. Dia suruh aku tunggu di tepi sambil dia kumpul semua kawan-kawan aku yang lain. Lepas tu kami dibawa ke bilik kuarantin a.k.a bilik termenung.
Untuk pengetahuan korang, semua benda aku dah standby untuk perkara-perkara macam ni. Semua sudah print dan aku susun untuk setiap seorang
.
- Ticket balik
- Complete itenerary 7 hari
- Segala booking yang aku buat untuk theme park, Nami Island semua
- Booking hotel
- Confirmation letter company
Semua benda alah ni aku dah print siap bagi setiap seorang dan aku dah suruh semua kawan aku study itinerary tu.
Lalu sesi soal siasat pun bermula. Aku buat relaks sajalah dan jawab sajalah apa yang dia tanya (aku tak tahulah kawan-kawan aku jawab macam mana) tapi aku jawab mana aku boleh jawab. Lagipun dia bukan tahu cakap English, dia pakai translator kau kena cakap dekat phone dia tu lepas tu orang tu translate kan. So aku tak rasa benda tu 100% efisyen. Tapi nak buat macam mana kan negara mereka. Aku pun jawab segala soalan pasal kerja, status aku, pasal company aku kerja dan juga segala itenerary aku sepanjang di sana.
Dipendekkan cerita, selepas sesi soal jawab selama lebih kurang 2 jam, dia pun keluarkan satu surat dan dia suruh aku tandatangan tapi aku tak nak (surat tak dibenarkan masuk Korea). Aku cakap dengan dia tak boleh ke aku nak buat rayuan ke apa ke? Dia cakap tunggu dulu dalam bilik termenung tu. Aku pun tunggu dan tunggu dan tunggu sambil termenung dalam kelaparan.
8 jam berlalu, aku, kawan-kawan aku bersama beberapa lagi tahanan kena iring ke satu lagi bilik menunggu. Dah macam banduan aku rasa sebab kena beratur 3-3. Terkeluar dari barisan saja kena marah weh!
Dari aku kena tahan tadi sampailah sekarang ni aku dengan kawan-kawan aku tak diberi air atau makanan. Lapar weh. Kali terakhir makan dalam penerbangan saja. Dekat bilik termenung lagi sekali ni sebenarnya tengah tunggu masa balik saja jadi kami pun redha sajalah. Tapi kami sebenarnya tak diberitahu pun apa sebab kami tak lepas masuk, bila kami akan balik apa semua. Kami macam TERGANTUNG SEPI je kat situ. Hisap rokok pun tak boleh lama-lama kena jerit dengan mereka. Buruk sungguh layanan diaorang. Lagi sejam macam tu sebelum flight kami, baru mereka bagi kami roti dengan air satu, dan itu saja.
Jadi aku pun tanya dengan salah sorang security kat situ yang macam ok sikit, boleh tak tengokkan kat white board tu kami balik pukul brapa. So dia cakap kami akan balik 11.30 malam tu. Sedap sikit hati ni sebab dapat balik. Aku dah tak pikir apa dah, aku cuma pikir nak balik je tinggalkan tempat sial ni. Hahahahaha. Sorry not sorry.
Nak dijadikan cerita lagi aku pun terasa la kesian dengan kawan-kawan aku. Pasal ada tiga orang kali pertama bercuti ke luar negara kena macam ni. Jadi aku tanya mereka berapa duit mereka ada, buat kirakira masa tu juga dan aku buat keputusan untuk bawa mereka pergi Bandung sebabl Bandung ni dah macam kampung aku tiap-tiap tahun aku pergi. Aku pun call lah contact aku kat Bandung minta tolong book kan apa yg patut. Yalah benda betul-betul last minute. Dia pun setuju nak tolong semua, Alhamdulillah. Terima kasih Mas Bam nolongin aku. Siapa nak pergi Bandung boleh contact dia ni. Bambang Wahyu Prayudi
Sampai KLIA2 pukul 5 pagi. Keluar pergi sarapan tunggu tempat penukaran wang buka, semua park kereta kat salak tinggi terus balik KLIA2 semula dan naik penerbangan ke Jakarta pukul 2.30 petang dan habiskan semua cuti serta duit kami di Bandung.
Jadi itulah cerita macam mana aku dengan kawan-kawan aku pergi Korea balik hari dan terus ke Bandung untuk menghiburkqn hati yang lara.
Sebelum aku akhiri tulisan aku ni, aku nak pesan pada semua orang yang nak ke Korea supaya pastikan semua standby cukup-cukup, study betul-betul. Tapi macam aku semua cukup, masih tak lepas. Anggap sajalah benda ni bukan rezeki. Rezeki aku dengan kawan-kawan aku di bandung di samping awek-awek Bandung yang cun. Sekian.
P/S: Kami turun di Jakarta sebab flight ke Jakarta lagi murah. Naik train ke bandung, jadi dapat juga melawat dua tempat.
Aku kongsi sikit gambar-gambar kat Bandung ni dan sikit gambar aku kat airport Korea. Sebenarnya trip yang random ni lagi best sebenarnya.
Jumlah Duit Lebur : RM2K/person
Update : Kami tak diberitahu kenapa kami tak dibenarkan masuk. Dah tanya kena marah. Suruh duduk diam-diam dalam bahasa Korea.
No negative comments, please. Benda dah jadi pun. Kami pun redha saja dengan apa yang jadi. Berkongsi pun untuk panduan orang lain yang ada perancangan nak ke sana.
Kredit Gambar: Nør Azam
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Nør Azam dan mendapat lebih 2,000 perkongsian. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video