#GempakSpot: Dari Bermotif Dendam Hingga Delusi, Ini 3 Kisah Pembunuhan Tragis Individu Popular Dunia
Maliah Surip
29/08/2021 12:45 MYT
29/08/2021 12:45 MYT
Semalam negara dikejutkan dengan satu kes rogol, liwat dan bunuh seorang kerani wanita berusia 40 tahun di sebuah taman perumahan di Nibong Tebal, Pulang Pinang.
Menurut laporan media seperti BERNAMA dan Awani, mangsa dipercayai dirogol dan diliwat sebelum mayatnya ditemui disembunyikan di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju.
Suspek dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di bahagian belakang rumah mangsa.
Suspek yang melihat mangsa sedang tidur di atas katil dikatakan bertindak merogol dan meliwat mangsa .
Mangsa menjerit dan melawan sebelum suspek menyumbat seluar dalam mangsa ke dalam mulut dan menutup mulutnya dengan tangan.
Suspek kemudiannya mendapati mangsa tidak bergerak dan sudah tidak bernyawa bertindak menyembunyikan mangsa di bawah katil di bilik ditingkat bawah rumah berkenaan.
Hari ini, suspek telah dibawa oleh pihak polie ke lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut terhadap perbuatannya itu.
Suspek berusia 29 tahun diiringi dua anggota selain tangan digari dan memakai baju lokap dan penutup muka.
Suka atau tidak, inilah bacaan tidak enak yang perlu dihadam setiap hari apabila ada sahaja laporan mengenai pembunuhan kejam di Malaysia.
Dan tidak hanya terjadi di negara kita, pembunuhan juga terjadi di seluruh pelusuk dunia, malah turut membabitkan tokoh atau selebriti terkenal.
Ada dalam kes pembunuhan berjaya diselesaikan, sementara terdapat kes yang kekal misteri.
#GempakSpot cuba menyenaraikan semula beberapa kes pembunuhan yang telah menjadi kes berprofil tinggi dalam kalangan selebriti dan tokoh masyarakat.
Meski demikian, artikel ini tidak bertujuan untuk menggalakkan jenayah, tetapi untuk sama sama kita renungkan dan memiliki sifat empati agar tiada lagi kekejaman atau pembunuhan terjadi kerana sifat buruk kita.
Tupac Shakur, Notorious B.I.G Mati Selang 6 Bulan
Cara pembunuhan; Ditembak mati
Kredit Foto: Biography
Tupac Shakur dan Notorious B.I.G adalah dua orang rapper yang cukup terkenal pada sekitar tahun 1990an.
Sayangnya, Tupac dan B.I.G, kedua duanya mati selang enam bulan dengan cara sama; ditembak.
Tupac adalah mangsa pertama yang ditembak mati di Las Vegas pada 13 September 1996. Dia hanya berusia 25 tahun sewaktu meninggal dunia dan cukup menjadi idola sebagai seorang rapper.
Peminat muzik rap dan dunia kemudian dikejutkan pula dengan kematian Bad Boy Christopher Wallace atau lebih dikenali sebagai Notorious B.I.G. Dia juga menemui ajal kerana ditembak sewaktu berada dalam kereta ketika meninggalkan sebuah parti yang dihadiri di Los Angeles.
Kedua orang rapper ini dikatakan 'musuh' dalam dunia muzik dari dua rekod label yang cukup mashyur pada waktu itu iaitu Bad Boy dan Death Row. Ironi Tupac dan B.I.G bersahabat baik, lapor The Times.
Sehingga kini kes kematian dua ikon dari dunia muzik rap ini kekal misteri. Pihak polis tidak dapat menyelesaikan kes ini berikutan gagal mengumpulkan bukti kukuh, sementelah ramai saksi enggan memberi kerjasama.
Hal itu sekaligus membuatkan keluarga dan rakan dalam industri hiburan terus mengenang kematian Tupac dan Notorious B.I.G. biar telah lebih 20 tahun insiden tersebut berlaku.
Mengaku The Beatles Lebih Popular Dari Jesus, John Lennon Dibunuh Peminat
Cara pembunuhan; Ditembak mati
Kredit Foto: Oxygen
Tidak ada yang tidak mengenal sosok John Lennon, anggota kumpulan The Beatles yang cukup terkenal di seluruh dunia.
Ironi, Lennon sudah mati lebih daripada 40 tahun, tepatnya pada 8 Disember 1980 di New York, Amerika Syarikat.
Lennon mati selepas menerima beberapa das tembakan termasuk pada bahagian badan oleh peminat tegarnya sendiri, Mark David Chapman.
Menurut laporan media antarabangsa, Chapman yang merupakan seorang penganggur telah merancang pembunuhan itu beberapa bulan sebelum melaksanakan misinya.
Chapman disifatkan sebagai lelaki yang memiliki delusi (jenis gangguan mental penderitanya tidak dapat membezakan kenyataan dan imaginasi).
Hal ini kerana selepas menembak Lennon yang dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan, polis menemui Chapman sedang duduk tenang sambil membaca buku The Catcher in the Rye karya JD Salinger.
Dia malah menggelar dirinya sebagai watak utama dalam novel tersebut iaitu Holden Caulfield.
Chapman berkata kepada polis: "Saya yakin sebahagian besar dalam diri saya adalah Holden Caulfield, tokoh utama dalam buku ini. Sebagian kecil dari saya pasti Iblis."
Dan salah satu alasan dia membunuh Lennon adalah kerana gaya hidup keterlaluan idola dunia itu. Chapman juga mengaku sangat marah selepas mendengar Lennon mendakwa The Beatles lebih popular dari Jesus.
Bagaimana Chapman berjaya melaksanakan misinya? Menurut buku Let Me Take You Down: Inside the Mind of Mark David Chapman, the Man Who Killed John Lennon, Chapman menunggu di hadapan apartment suami Yoko Ono itu, bertemunya dan sempat meminta tandatangan dari album yang dibawanya, Double Fantasy.
Dia terus menunggu idolanya itu di situ dan melepaskan lima das tembakan sebaik kelibat Lennon dan isterinya mahu pulang ke rumah pada hari sama.
Kematian Lennon menimbulkan rusuhan dan peminatnya berduka untuk satu tempoh yang panjang.
Perdana Menteri Wanita Pakistan, Benazir Bhutto Diserang Ketika Berkempen
Cara kematian; Ditembak & Serangan Bom
Kredit Foto: DNA India
Benazir Bhutto adalah wanita pertama yang menjadi Perdana Menteri Pakistan. Beliau meninggal dunia selepas cedera parah sewaktu dalam perjalanan ke hospital dalam kejadian serang hendap dan serangan berani mati.
Menerusi laporan media antarabangsa, Bhutto diserang oleh pengebom berani mati sewaktu beliau sedang berkempen di Rawalpindi, Pakistan.
Bhutto dilaporkan meninggal dunia kerana menerima tembakan yang terkena pada leher dan dada, sebelum pembunuh membunuh diri dengan meletopkan bom sekaligus mengakibatkan puluhan nyawa melayang dalam siri pembunuhan tersebut.
Ironi, Bhutto yang meninggal dunia pada 27 Disember 2007 itu hampir maut dua bulan sebelumnya, juga dalam cubaan bunuh.
Kredit Foto: AWANI, BBC.com
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.