Skip to main content

Viral

#GempakSpot : Depresi, Adakah Masyarakat Betul-Betul Faham Mengenainya?

gsbefunky-collage.jpg
Depresi merupakan gangguan mental yang mampu memberi kesan negatif terhadap perasaan, tenaga, tahap fokus dan sebagainya. Masalah ini sering melanda masyarakat moden masa kini, namun persoalannya, adakah masyarakat benar-benar faham mengenainya?

Kadang-kadang, kita terdengar ada pihak yang memperlekehkan golongan yang menghidap depresi, mungkin kerana mereka menganggap ia bukan perkara serius. Namun hakikatnya, depresi boleh menyebabkan kematian.

Depresi ternyata berbeza dengan stress, orang yang mengalami depresi kebiasaanya hilang semangat, murung dan tidak mampu meneruskan rutin harian seperti biasa. Manakala stress pula merupakan sejenis tekanan yang boleh dialami oleh semua peringkat umur dan ia tidak semestinya menjatuhkan semangat seseorang untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Pada pendapat saya, jika kita berhadapan dengan rakan atau ahli keluarga yang menghidap depresi, kita sendiri yang harus memainkan peranan penting dan memberi sokongan moral. Kadang-kadang, mereka tidak kuat untuk menanganinya berseorangan, jadi, mereka memerlukan bantuan dari orang sekeliling untuk menceriakan mereka.

Mari kita ambil contoh dari situasi yang dihadapai oleh penyanyi popular tempatan, Kaka Azraff. Kaka bersikap terbuka dengan isu depresi yang dialami oleh suaminya, Adam Azriff. Menurutnya, masalah depresi bukanlah satu perkara negatif dan ia  boleh diselesaikan dengan baik dengan memberi sokongan berterusan dan memahami masalah mereka.



Satu perkara yang masyarakat harus faham, gangguan depresi tidak bermaksud seseorang itu gila, namun jika mereka dibiarkan berterusan dengan masalah itu, mereka boleh menjadi gila dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Orang ramai harus mempunyai kesedaran tinggi mengenai masalah ini, bukan sahaja untuk membantu orang sekeliling, tetapi juga untuk diri sendiri, jika anda mengalami sebarang gangguan emosi, janganlah memendam begitu sahaja, luahkan kepada seseorang ataupun berjumpalah dengan pakar psikologi atau pakar motivasi untuk mendapatkan panduan serta sokongan.



Jika seseorang individu yang rapat dengan anda mengalami masalah ini, jangan jauhkan diri, berilah sokongan motivasi agar perkara tidak menjadi lebih buruk. Ingat, depresi bukanlah satu perkara remeh, dan ia tidak boleh diperlekehkan!

Antara pertubuhan yang boleh dihubungi berkaitan masalah gangguan mental adalah Befrienders (03-79568144), Lifetime Association Malaysia (03-42657995), Mental Illness Awareness & Support (MIASA) (013-8781322), Malaysian Mental Health Association (Hati) (03-77825499), dan Malaysian Youth Mental Health Initiative (MINDA) yang boleh dihubungi menerusi email, [email protected]

Semua pertubuhan ini bersedia untuk membantu memberi sokongan dan nasihat berguna kepada sesiapa yang mengalami gannguan mental dan emosi.

Asraf Aided adalah penulis bebas untuk artikel di atas. Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected] 
 


Foto : health.spectator.co.uk , newstalkzb.co.nz , verywellmind.com

Must-Watch Video

Advertisement