Kali ini kami kongsikan kisah yang ditulis oleh Chuah Kee Man di Twitter menggunakan akaun Twitter @keemanxp tentang pengalaman beliau ketia mengajar di sekolah suatu ketika dulu.

Hari guru ni teringat pulak kisah bila saya dihunus pisau oleh pelajar Tingkatan 4 waktu mula berkhidmat sebagai guru. Pelajar tu marah sebab saya larang dia hisap rokok. Yang lucunya, dia maki hamun saya, nak bunuh saya bagai.

Macam-macam kata kesat keluar, masa tu saya diam jer tak kata apa-apa. Saya gerak ke depan, pegang tangan dia cuba nak suruh dia kelar tangan saya. Tapi dia elak. Saya pegang erat tangan dia dan kata "Sebab rokok kau tu, kalau dengan bunuh saya dapat puaskan awak, silakan."

Dia marah, terus keluar sekolah. 3 minggu tak datang sekolah, saya cuba nak hubungi ibu dia (ibu tunggal) dan minta bantuan cikgu-cikgu lain, tak dapat jugak nak dapatkan dia. Saya bukan risau apa, takut ada benda buruk jer.

Selang 2-3 hari gitu, dapat info daripada ibu dia, katanya dia dah tak nak belajar sebab nak kerja tolong mak. Adik beradik dia ada dalam 3 orang, dia anak sulung. Saya hanya mampu berikan sedikit sumbangan dan tinggalkan nota pesanan untuk dia.



Sebab seminggu kemudian, saya berhenti (sambung belajar). Ironinya, mungkin takdir atau apa, 4 tahun kemudian, dia hubungi saya di FaceBook, saya terkejut. Kenapa? Dia berjaya sambung ke universiti. Bila dia berkongsi di FB, baru saya ingat apa yang saya tulis dulu.

"Tq sir, kalau bukan sebab sir, saya dah lama give up dengan hidup saya. Pesan sir untuk dahulukan ilmu untuk mengubah nasib keluarga saya pegang sampai sekarang."

Sekarang merokok ke?

"Merokok sir, sekali sekala. Time merokok selalu ingat bodohnya saya nak bunuh sir."

Nota saya tu, saya tulis "Kalau nak merokok, merokok lah puas-puas tetapi pilih tempat yang betul. Sama macam hidup, pilihlah laluan yang betul dan buat habis baik. Esok-esok yang untung bukannya orang lain, kita jugak."

Sekian, kisah tak seberapa sempena hari guru.

Kredit Gambar: Instagram @keemanxp

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Chuah Kee Man menggunakan akaun Twitter @keemanxp. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]