#GempakSpot: "Dia Sepupu Aku, Tapi Arif Itu Bagaikan 'Knight In Shining Armour' Buat Aku"
Gempak Spot
24/08/2020 02:00 MYT
24/08/2020 02:00 MYT
Kisah ini dihantar oleh Nas untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Arif bergegas melangkah ke luar rumah, dia terkejut melihat keadaan aku! Semestinya dia terkejut, aku habis berlumuran dengan lumpur, selut segala!
Arif menghela nafas berat. Dia membebel marahkan aku yang degil!
Sebenarnya aku terjatuh ke dalam tali air, sebelah selipar aku pula telah ditelan selut.
Dia menyuruh aku membersihkan diri, tidak pula aku perasan, selepas itu Arif ke tali air, mencari sebelah lagi selipar aku yang hilang.
Selepas Maghrib, memang menjadi rutin kami pergi ke rumah Tok Mat. Aku paksa Arif teman aku mengaji, dia sudah banyak kali khatam Al-quran, tapi sebab nak teman aku punya pasal, dia ikut je.
Arif ada bertanya macam mana aku boleh jatuh dari titi, aku terus jelaskan perkara yang sebenar. Sebenarnya Siti mencabar aku untuk merentas titi di sawah, tetapi boleh pula Siti dan gengnya duk menghentak hujung titi belah sana, titi yang bergoyang menyebabkan aku jadi gayat, sebab tulah aku jatuh!
Arif macam biasa menasihati aku untuk jauhkan diri daripada Siti tapi aku bukan dengar pun, tadi lepas aku naik dari tali air aku tumbuk muka Siti, padan muka!
Siti memang budak perempuan yang paling gengster di kampung, tapi budak yang kepalanya keras daripada konkrit itu adalah aku.
Arif itu 'Knight in shining armour' aku. Setiap kali aku susah, mesti dia tolong. Setiap kali aku luka, dia yang carikan ubat. Setiap kali aku cari pasal dengan Siti, dia akan back-up aku depan nenek.
Aku pernah terlanggar pasu pokok bunga kemboja nenek, semestinya pasu itu pecah, Arif lah yang mengaku dia yang buat. Kalau nenek suruh dia pergi ke kedai, dia dengan rela hatinya turuti, nak tunggu aku buat? Memang kena rotan dulu baru rajin!
Selepas subuh, wajib aku tidur balik, tapi dia sibuk tolong mak aku atau mak dia sediakan sarapan. Dia tolong mandikan adik-adik dia, tolong aku buat kerja sekolah, tolong mak kemas rumah, tolong nenek di kebun, semua dia pandai!
Kadang-kadang aku rasa aku ni jahat sangat sebab aku pernah menyampah dengan dia, apehal lah semua benda dia boleh buat ni?
Tapi itu dululah. Zaman 10 tahun lepas. Hubungan kami sebenarnya mula renggang apabila dia ditawarkan ke SBP (Sekolah Berasrama Penuh) semasa dia di tingkatan 4. Normal lah kan, kecil-kecil dulu kamcing bukan main, tapi bila besar ni dah kurang sedikit.
Apa yang akan jadi ya kalau aku jujur cakap aku suka dia dari dulu lagi? Lebih merumitkan keadaan dia tu sepupu aku!
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh Nas untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot