Satu perkongsian cerita pengalaman sendiri daripada pengguna Twitter @shazzainuddin mungkin dapat membantu menilai diri kita sebelum kita membuat penilaian terhadap orang lain.

Dulu aku ada seorang kawan ni, free hair dan pakai skirt. Masuk universiti, dia mula pakai scarf (nampak leher, telinga dan rambut depan). Tak lama lepas tu, dia mula pakai tudung tutup semua rambut. Dan sekarang, tudung sentiasa labuhkan bahagian depan, baju longgar dan labuh. Lagi ‘sopan’ dari aku.

Aku ada ramai kawan yang free hair dan seksi sejak dari zaman sekolah lagi. Tapi sorang pun aku tak pernah beria “Wey pakai lah tudung, kau tau tak ni dosa?!” Sebab ustaz aku dulu pun tak pernah paksa aku pakai tudung. Tau dia buat cara macam mana?

Bila aku saja-saja nak cuba pakai tudung, dia puji aku. “Haaa lawanya dia bertudung. Manis sangat” Sejak daripada itu, aku terus bukakan hati aku untuk terus pakai. Rasa happy. Tapi dalam pakai tu jugak of course ada rasa nak buka. Jadi dulu aku pakai dan tak pakai. Biasalah orang muda, kan.

Aku mengaku aku belum cukup sempurna. Tiada manusia yang sempurna. Tapi betul lah, sekurangnya kita masih ada kemahuan untuk mengikut ajaran agama dan bukan menolak sebulat-bulatnya. Disebabkan ustaz aku itulah, aku buat benda yang sama pada kawan-kawan aku. Bila mereka cuba bertudung, aku puji.

Puji dan sokong. Ada yang kekal, ada yang buka semula. Tapi siapa kita untuk menghukum, kan? Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tak, rambut aku perang sikit rasanya.

Cerita dia dekat sini sebenarnya, yang mana pakai tudung nampak leher, nampak cuping telinga dan nampak anak rambut, pakai sebab fesyen ke apa ke, kita sebenarnya tak tau pun apa situasi yang mereka sedang lalui. Mungkin tengah berubah sikit-sikit untuk jadi yang lebih baik. Kita tak tau kan?

Jadi kalau tak tau ni diam je lah. Jaga diri kita betul-betul. Nasib bakal anak-anak kita nanti ni pun kita tak tau macam mana. Takut asyik sibuk hal orang sangat nanti sekali terkena pada anak sendiri. Masa tu baru nak paham. Bagi kata-kata semangat saja cukup. Itu yang sebenarnya mereka perlukan.

Kredit Gambar: Gempak

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @shazzainuddin dan mendapat lebih 6,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]