Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @syazaniisuhaimi berkongsi beberapa tips berguna untuk peniaga atas talian yang menggunakan WhatsApp sebagai penghubung mereka dengan pelanggan. Jika anda berniaga kecil-kecilan atas talian, baca perkongsian ini.



Siapa di sini guna WhatsApp untuk close sales dengan pelanggan? Ini tips untuk korang.

1. Peribadikan (Personalize)




Selesakan panggilan kita dengan pelanggan. Sebagai penjual, biasanya guna panggilan "saya" atau nama kita "Ali", "Siti" dan lain-lain. Seeloknya guna saya, lebih umum dan lebih mesra.

Untuk panggilan kepada pelanggan, kalau boleh elakkan guna "bossku", "sisturr" dan lain-lain panggilan yang cringe.

Bila kita dah mula perbualan dengan pelanggan, boleh tanya nama panggilan pelanggan supaya dapat berbual dengan lebih selesa.

Kalau tak nak tanya nama, boleh guna panggilan "Cik Puan", "Tuan" dan "Encik". Nampak lebih profesional. Jangan campur-campur panggilan. Kejap saya, kejap kami, kejap nama sendiri. Serabut betul.

2. Spesifik




Bila pelanggan WhatsApp tanya soalan, tolong jawab dengan spesifik dan jangan jawab sampai ke laut. Jangan Melewah.

Contohnya pelanggan tanya harga, bagitahulah sekarang ada promosi istimewa dapat hadiah percuma itu ini bla bla bla. Lepas tu ayat terakhir tu letak harga.

Bukannya maksud kalau orang tanya harga kerepek, kau jawab terus "Kerepek ni RM15".

Kreatiflah sikit, buat ayat promosi cakap beli 1 RM15, beli 2 RM20. Ayat kita bagitahu harga tu kita bunga-bungakan pelanggan dengan promosi menarik dan selit sikit manfaat dan faedah produk.

3. Testimoni / Ulasan




Ada testimoni pengguna? mesti simpan kan? Gila ke tak simpan pengalaman puas hati dari pelanggan. Seronok kot orang bagitahu produk kita sedap, berkesan, efektif, berguna dan lain-lain.

Masa tengah cakap tu, cubalah bagi gambar testimoni sekeping. Contoh, bagitahu "ni pelanggan yang beli semalam, Alhamdulillah hilang calar kereta dia guna produk ni"

Orang nak beli pun adalah rasa percaya sikit dengan kita kan sebab ada bukti produk ni menjadi rupanya.

Tapi testimoni tu janganlah syok sendiri, jangan reka, jangan tipu pelanggan kau. Tipu dosa tau.

Guna testimoni yang asli dari pelanggan kau. Sebab tu aku cakap, bantu dan sokonglah bisnes kawan-kawan. Untuk permulaan, Dapatkan testimoni dari kawan-kawan. Sekurang-kurangnya kau tak menipu.

Okay dah cukup dulu, kalau rasa berguna silalah kongsi dengan kawan-kawan yang buat bisnes kecil-kecilan. Hubungi pelanggan pun selalunya guna whatsApp saja kan. Boleh cuba tips ni.

Tips ni daripada pengalaman sebenar eksekutif-eksekutif jualan syarikat-syarikat besar.

Itu saja, terima kasih.



Kredit Gambar: Google / Twitter @syazaniisuhaimi / Giphy

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @syazaniisuhaimi dan mendapat hampir 7,000 Retweet dan lebih 11,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.