Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Entah Apa Yang Disibukkan Sangat Sampai Di Rumah Allah Pun Asyik Main Phone"
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter di akaun Twitternya @najmihakimi_ tentang segelintir orang yang suka bermain telefon ketika berada di dalam masjid, seperti tidak menghormati rumah ibadah.
Kadang pelik, ada diantara kita asal lepas solat saja terus capai phone. Masa tengah dhikr, main phone. Masa tengah doa, main phone. Entah apa yang disibukkan sangat. Seolah tiada masa lain untuk main phone.
Mana adab kita dengan Allah lebih-lebih lagi ketika dirumah-Nya? Allah beri 24 jam sehari, apalah sangat jika kita laburkan beberapa minit untuk mengingati-Nya.
Sudahlah dalam sehari kurang mengingati Allah. Bila lagi masa nak ingat Allah? Pesanan untuk diri saya sendiri, terutamanya.
أوصيكم ونفسي بتقوى الله
Bagi mengelakkan berbagai-bagai lagi kekeliruan yang akan timbul, suka saya nyatakan disini bahawa yang dimaksudkan dengan bermain phone adalah melakukan perkara yang mana perkara tu tak penting dan boleh buat pada waktu yang lain seperti scroll twitter, instagram, main game dan lain-lain.
Adapun, bagi mereka yang guna phone untuk kecemasan, buka phone kerana di dalamnya ada doa tertentu yang hendak dibaca dan yang seangkatan dengannya.
Atau sebarang perkara yang dirasakan wajar dilakukan ‘selepas solat’, maka tiada masalah. Wallah, saya langsung tiada terdetik dalam hati untuk bersangka buruk kerana ianya jelas ditegah syara’.
Saya ciap berdasarkan pada pengalaman sendiri. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri orang main game sejurus sahaja selepas solat dan ketika itu di dalam masjid.
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi pengguna menggunakan akaun Twitter @najmihakimi_ dan mendapat lebih 1,000 Retweet dan hampir 2,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk berkongsi cerita-cerita anda dan berpeluang memenangi hadiah daripada Althea bernilai RM185, hantarkan karya anda ke GempakSpot