Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Hampir Lemas Tetapi Ianya Menjadi Pengajaran Buat Saya"

gempak
Gempak Spot
04/09/2020
01:30 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Hampir Lemas Tetapi Ianya Menjadi Pengajaran Buat Saya"
Kisah ini dihantar oleh M.Ajkr untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah yang bakal diceritakan sekitar 6 tahun yang lepas dan ia adalah berdasarkan kisah benar ketika cuti panjang semasa berada di kampung. Kebetulan waktu sekolah akan dibuka kembali hampir tiba, jadi ketika itu hari terakhir dikampung.
Lalu saya bercadang untuk mandi sungai namun hanya adik dan mak sahaja yang setuju untuk pergi bersama saya. Setelah tiba dan mandi manda, saya berasa tidak puas jika hanya setakat bermandi manda lalu saya cuba menuju ke arah air yang deras.
Kemudian bila tiba di air deras, saya dibawa air dan lemas tidak bernafas. Nasib yang baik, Hujung ibu jari kaki saya tersangkut pada batu dan mak saya dapat menyelamatkan saya. Saya berasa sungguh beruntung kerana masih lagi bernyawa hingga ke hari ini.
Dalam perjalanan pulang, saya fikir selain ingin berasa seronok menuju ke air deras, saya juga ingin mengatasi ketakutan. Tanpa sedar saya tidak mampu melakukan perkara tersebut.
Kesimpulannya, jika kita hendak mencapai sesuatu haruslah mengetahui apakah kita mampu mencapai perkara tersebut. Jika masih belum mampu, kita harus sentiasa berusaha untuk mencapai kecermelangan dan impian kita selagi boleh.
Seperti sekarang, saya sudah boleh berenang dan juga ketinggian saya meningkat ke 170cm. Sekian terima kasih kerana telah membaca kisah saya dan mohon dijadikan pengajaran.
Kredit Gambar: Google
Nota: Gambar utama hanyalah gambar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh M.Ajkr untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live