Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @bangsawankelana berkongsi sepuluh jenis permainan papan yang sesuai untuk sekeluarga.
Bosan kan asyik main UNO dengan Saidina je? Okay lah. Alang² dah terperap kat rumah dengan PKPB ni, nak kongsi dengan korang 10 permainan papan yang sesuai untuk sekeluarga.
Tak lah sunyi rumah dengan gajet je.
Penafian dulu. Ni bukan ulasan, dan bukan ikut turutan permainan paling seronok ke apa, okay.
Zombie Dice
Kita sebagai zombie, cuba nak kumpul otak sebanyak yang boleh. Zombie paling banyak otak, menang. Cukup 3 kali kena tembak, otak yang kumpul dalam pusingan tu lesap. Kena langgar bas sekolah? Nasiblah kat hang.
Betrayal at the House of the Hill
Kita ni sekumpulan kawan nak pi terjah rumah berhantu. Ada misi yang kita kena buat sampailah salah seorang dari kita bertukar jadi pengkhianat. Tak semua dapat kekal hidup dan keluar dari rumah ni tau. Jeng jeng jeng jeng!
Just One
Ni menarik sebab boleh main sampai berpuluh orang sekali jalan. Kita akan pilih satu nombor dan orang lain akan bagi klu yang hampir dengan perkataan dari nombor yang kita pilih tu. Siapa boleh teka apa jawapan untuk klu-klu ni?
Saboteur
Kita jadi orang kerdil, masuk gua melombong emas. Salah sorang (rawak) akan cuba sabotaj supaya orang lain tak dapat jumpa jalan ke tempat yang ada emas. Nanti dia dapat bolot semua emas tu. Tapi kalau orang dapat tau, mungkin orang takkan kongsi emas dengan dia.
Azul
Ada banyak jenis tapi asas sama: peniaga jubin. Kita cuba siapkan ikut rekabentuk yang raja nak. Yang seronoknya, kita nanti ralit tau dengan corak-corak ni sampai kadang terlupa ada mata kita bakal kena potong menyebabkan kalah sipi je.
Nak Makan Apa
Haaa. Tu yang dok pening selalu tak tau nak makan apa tu, mai main hat ni. Jaminlah puas bergaduh masa main ni, terus dah tak dak isu nak makan apa dengan husband.
Junk Art
Okay yang ni sangat meriah, boleh buat roboh rumah tuan hamba. Asalnya kita kena sama-sama bina seni ikut misi yang kita dapat. Tapi boleh jadi juga ada yang letak bentuk pelik-pelik, bagi orang lepas dia payah nak sambung bina. Masa tu terserlah laaa perangai masing-masing.
Dixit
Sorang bagi klu kad yang dia pilih, orang lain bagi kad yang seakan-akan klu tu. Lepas tu ramai-ramai undi mana satu kad sebenar. Kekejaman berlaku bila ada pakatan yang buat-buat tak faham klu supaya orang lain tak dapat mata. I is dah terkena!
Gonuts for Donuts
Sape je tak suka donut? Kita ramai-ramai berebut donut untuk kumpul mata. Kalau tiba-tiba ada sorang tu baik hati nak kongsi donut dengan kita, JANGAN PERCAYA! Kan mak pesan jangan ambil barang dari orang tak kenal.
Sushi Go!
Sama juga, kita berebut sushi untuk dapat mata. Memang takkan ada peluang la nak monopoli sejenis sushi saja. Mesti ada yang nak berebut jugak. Masing-masing dah lama sangat tak keluar makan, ikut SOP PKPB kan.
Ada banyak lagi permainan papan yang menarik. Sebelum ni rajin la boh sini, tapi ni dah makin malas. Korang boleh tengok kat channel kita orang kalau nak tahu lagi banyak.
Support kita orang Main Apa Tu tau. Tekan link kat bio.
Bagi korang yang tak tahu nak cari mana permainan-permainan yang menarik, lain dari yang lain macam ni, boleh baca dekat Facebook Main Apa Tu.
Kredit Gambar: Twitter @bangsawankelana
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @bangsawankelana dan mendapat lebih 3,000 Retweet serta hampir 6,000 likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Gempak Spot
Mon Oct 19 2020
“Ada 2 hingga 3 Juta Yang Tengok IG Saya Setiap Hari…” - Ruhainies Nafi Diri Sendiri Berbalas Soalan Di Instastory
Ruhainies anggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati Ditembak
Seorang peserta pertandingan ratu cantik yang mewakili Ecuador menemui ajal sejurus berkongsi foto menu makanan yang dinikmatinya di sebuah restoran baru-baru ini.
Nigel Payung Barang Boek! Menangis Isha dapat…. | Motif Trending
Fuyooo bestnya! Mintak barang terus dapat eh. Jeles lah macam ni! Korang kat sini siapa beli produk Capcity ni??
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali
Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini selesai menjalani upacara dan adat Bali sebelum keduanya berkahwin secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”
Ini kenyataan terbaharu Ruhainies.
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan