Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

GempakSpot: "Ini Cara Nak Didik Anak untuk Pandai Bertutur Dalam Dua Atau Lebih Bahasa"

Gempak Spot
17/09/2020 02:06 MYT
Perkongsian oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @ikmalnordin2 tentang bagaimana untuk ibu bapa mendidik anak-anak fasih bertutur lebih daripada satu bahasa.

Nak jadikan anak pandai dua atau lebih bahasa? Benda tu sangat boleh dibuat! Kita faham umur 0-6 tu 'absorbent mind'. Antara serapan paling penting ialah serapan bahasa. Ini antara cara nak bagi dia serap 2 bahasa sekaligus.

1. IBU DAN BAPA CAKAP SECARA EKSKLUSIF DALAM SATU BAHASA

Nak fasih Melayu dan English? Ibu kena cakap Melayu sahaja dengan anak-anak. bapa cakap English sahaja. Atau ibu English, bapa Melayu. Kenapa? supaya anak faham 'kod' bahasa tu secara penuh dan tak campur-campur.

2. BENDA INI BERKESAN SEBAB KANAK2 ADA 'LANGUAGE INSTINCT'

Steven Pinker pernah tulis 'the language instinct'. Tesis dia: bahasa ni satu naluri yang kanak-kanak secara semulajadi boleh serap tanpa belajar secara formal. Tapi naluri tu wujud ketika awal kanak-kanak, dan tidak ada pada dewasa.

3. TAK PERCAYA? CUBA TENGOK BAHASA APA YANG KITA PALING FASIH

Bahasa yang kita paling fasih ialah bahasa yang kita cakap masa kanak-kanak, masa kita 'tak pandai belajar' lagi. Cuba belajar bahasa Arab sekarang. Kita tak akan cakap macam orang Arab walaupun belajar bertahun. Pelik kan.

4. CUBA CAKAP SEBULAN DALAM SATU BAHASA SAJA, MAGIK AKAN BERLAKU

Kalau ada anak bawah 6 tahun, cuba cakap english semata-mata dengan dia (dengan grammar yang betullah) selama sebulan. Kita akan tengok dia cakap English yang betul tanpa terbalik-balik.

Contohnya kalau dia nak kata 'Ni rumah kakak'. Dia takkan cakap 'This house kakak'. Dia akan cakap 'This is kakak's house'. Saya dah cuba dan benda ni jadi. Magik.

5. BENDA NI JADI WALAUPUN 'SYNTAX' BERBEZA

Melayu dan English ada susunan kata yang tak jauh beza. Dua-dua SVO walaupun ada sedikit perbezaan pada article, conjunction dan sebagainya. Tapi kalau ajar bahasa Arab yang VSO pun, budak-budak boleh tangkap. Yang penting konsisten dengan dia.

6. TAKUT ORANG CAKAP POYO?

Pedulikan. Budak-budak yang bercakap dwi atau tri-bahasa ni ada kelebihan dalam mencari sumber dan mencari pengalaman. Biar orang kata 'bapak dia ni poyo, tak reti cakap Melayu ke'. Dia akan cakap Melayu sebab mak dia cakap, makcik-makcik, nenek, atok semua cakap Melayu.

Selain cakap, kalau mampu banyakkan bahan bacaan, kita baca sama-sama dengan dia. Kalau nak sekadar faham boleh buat buku latihan dan tunjuk video. Tapi kalau nak fasih anak kena latih bercakap, dan bercakap hanya boleh dengan orang lain. Usaha kena tinggi tapi berbaloi. Selamat mencuba!

kredit Gambar: Gustavo Fring

Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Twitter @ikmalnordin2 dan mendapat lebih 8,000 Retweet dan hampir 12,000 Likes. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot

#Anak #GempakSpot #Didik #Bahasa
;