Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Ini Nasihat Ikhlas Pada Yang Bercinta & Belum Bernikah. Baca Dengan Hati Terbuka"

Gempak Spot 28/09/2020 | 01:48 MYT
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @The_X_Guy yang sangat bagus untuk dijadikan pedoman kepada mereka yang beragama Islam dan masih dalam proses bercinta tetapi belum mendirikan rumah tangga.
Ini adalah nasihat ikhlas saya kepada orang Islam yang bercinta sebelum bernikah. Baca dengan hati yang terbuka.
1. Jagalah batasan semampu boleh. Saya lihat ada sesetengah pasangan yang bersentuh-sentuh, cuti sana sini kononnya sebab pasangan 'cute', macam betul ke benda macam ni berlaku?
Ingat, yang haram itu bukan sekadar zina sahaja, tetapi mendekati zina juga haram. Jadi jagalah batasan.
2. Janganlah sampai cinta menjadi asbab kelalaian untuk menunaikan kewajipan anda sebagai orang yang beragama Islam seperti kewajipan kepada Allah, Rasul, ibubapa, pelajaran dan sebagainya.
Sekali dilalaikan daripada kewajipan contohnya lewat solat, ketahuilah cinta tersebut bakal menghancurkan diri.
3. Tunang bukan menjadi 'lampu hijau' untuk melayani kekasih seperti pasangan suami isteri. Dah nama pun tunang, maka kewajipan menjaga batas pergaulan masih terpakai.
4. Daripada menghabiskan wang kepada kekasih yang belum berada di bawah tanggungjawab sendiri, lebih baik menginfakkannya kepada ibu bapa dan keluarga yang memang sudah pasti menjadi tanggungjawab kita.
5. Kalau sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk kekasih hampir setiap hari atau minggu, kenapa tidak untuk ibu bapa? Takkan nak tunggu hari lahir atau Hari Ibu/Ayah baru nak infakkan wang kepada mereka? Penting untuk kita ketahui yang perlu diutamakan.
6. Kurangkan post gambar kekasih masing-masing. Kalau boleh, tak payah langsung lagi bagus. Kerana dikhuatiri ia boleh mendatangkan fitnah, penyakit 'Ain, dan menimbulkan aib jika anda ditinggalkan kekasih suatu hari nanti.
Elakkan risiko menjadi bahan fitnah orang lain.
7. Kalau ada insan yang berkata "White men lagi berani sebab mereka post gambar girlfriend masing-masing, kenapa lelaki Muslim malu?"
Jawab pada mereka "Hidup anda ini berkiblatkan orang putih atau pun Islam?"
8. Hidup ini bukanlah setakat nak bercinta. Banyak lagi yang perlu diutamakan dalam usia muda ini seperti menimba ilmu, membina kewangan yang stabil dan sebagainya. Dah cukup-cukup tweet sendu single dan putus cinta. Stand up and do something worthwhile.
9. Tidak perlu bandingkan kisah cinta peribadi dengan pasangan lain. Contohnya, pasangan lain memberikan hadiah iPhone X, kita juga hendak membuat perkara yang sama, walaupun kewangan kita terbatas.
Lain orang lain 'flow' cinta mereka.
10. Kepada Insan yang gemar dan obses post gambar atau video kekasih di media sosial, sekali sekala tanyalah diri anda soalan berikut:
"Apa tujuan saya postkan gambar ini? Untuk mendapat banyak 'likes' dan 'retweet'? Apa yang saya dapat daripada posting ini?"
11. Cinta ini seharusnya menjadi wadah untuk memenuhi tuntutan sunnah Nabi SAW iaitu menyempurnakan separuh daripada agama. Kalau bercinta tiada niat untuk bernikah, maka cinta tersebut adalah sia-sia.
12. Selain daripada menjenguk kekasih menerusi sosial media atas dasar mengambil berat, jangan lupa jenguk-jengukkan ibu bapa dan adik beradik di rumah. Bukankah sebelum anda mengenali kekasih, anda mengenali keluarga anda terlebih dahulu? Jangan sesekali lupa asal usul.
Saya banyak tweet tentang keutamaan menjaga ibu bapa dan adik beradik dalam konteks kehidupan keluarga yang baik belaka. Mungkin nasihat tersebut tidak terpakai kepada segelintir insan yang lain.
Saya mengambil pendekatan bahawa cinta itu fitrah, dan tidak ada salah dalam mencintai seseorang. Tetapi perlulah bersederhana dan menjaga batasan.
Wallahua'lam, moga bermanfaat.
Kredit Gambar: Jack Sparrow
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @The_X_Guy dan mendapat lebih 16 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
#Bercinta #GempakSpot #Nasihat
;