Education | Pendidikan

#GempakSpot: iPhone Boleh Hubungi Polis Dengan Hanya Klik Power Button. Android Pun Boleh!

gempak
Gempak Spot
19/11/2019
08:50 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: iPhone Boleh Hubungi Polis Dengan Hanya Klik Power Button. Android Pun Boleh!
Perkongsian seorang pengguna Twitter @aisyahomran mungkin sangat berguna dalam keadaan kecemasan. Apa kata anda baca perkongsian Aisyah ini.
Teman sekerja saya, Aaron bertanya pada saya,
“Aisyah, you always walk alone kan? Awak tahu tak, kalau awak klik power button iPhone lima kali berterusan laju-laju, secara automatik dia akan hubungi polis untuk awak.”
“Oh, ya ke? Macam mana tu?”
“Yes it will automatically call after 5 seconds but you have to turn on the Settings first la. Go to Emergency SOS - enable Auto Call. If you don’t want them to hear the countdown beep, turn off the countdown sound”
I’m impressed but acted cool and then he sambung
“You set up your emergency contacts already right?”
“Yup”
“Lepas dia hubungi polis untuk awak, iPhone akan hantar lokasi semasa awak pada semua orang yang perlu dihubungi ketika kecemasan melalui mesej, jadi mereka tahu di mana awak berada ketika dalam bahaya.
“Kalau orang yang dihubungi untuk kecemasan tu guna Android, boleh juga ke?”
“Boleh, sebab iPhone hantar mesej”
So that’s the tea for iPhone newbie like me. Yes, aku noob tapi I hope this help others too.
Lepas tu Aaron sambung,
“Cuba elakkan jalan sendirilah. I don’t encourage you. It’s dangerous”
I’m so used to it already, mana je aku tak sampai walaupun pergi sorang. Too independent hahaha.
But, I would love to remind all ladies out there to always be careful.
Jangan dengar muzik terlalu kuat sehingga anda tidak boleh mendengar sekeliling anda.
Jika boleh, elakkan tempat-tempat gelap dan sunyi. Sentiasa cuba mencari jalan alternatif yang lebih selamat untuk pulang ke rumah lewat malam, walaupun jalan itu lebih jauh daripada biasa.
Sentiasa ingat, tiada yang lebih penting daripada keselamatan diri sendiri.
Jangan sengaja pandang orang yang tidak dikenali lebih daripada lima saat. Senyum dan berpaling secepat mungkin.
Guys pls don’t try this ya. It will seriously connect you to the police. I don’t want our trial and error to disturb their operation to focus on the emergency cases. It might be considered as fake call, I don’t want anyone of us to be charged.
Nota: Ramai juga warganet turut berkongsi bahawa telefon Android juga boleh melakukan perkara yang sama.
Kredit Gambar: Twitter
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Tweet Aisyah Omran menggunakan akaun Twitter @aisyahomran dan mendapat lebih 29,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live