Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Finance | Kewangan

#GempakSpot: "Itu Sebabnya Hari Ini Kita Perlu Kewangan Yang Kukuh Sebelum Mendirikan Rumah Tangga"

Gempak Spot 19/01/2021 | 03:50 MYT
Perkongsian oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @aaizatnizam tentang betapa pentingnya mengukuhkan sumber kewangan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga agar tidak timbul masalah kewangan pada masa hadapan.
Ramai orang cakap kenapa ayah kita dulu gaji kecil tapi masih boleh tanggung keluarga. Mesti ramai tahu hari ini kadar inflasi meningkat tapi gaji tak meningkat sama.
Itu sebabnya hari ini kita perlukan kewangan yang kukuh sebelum mendirikan rumah tangga. Jangan terlalu ambil mudah.
Kira-kira 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes perceraian di negara ini adalah dalam kalangan orang Islam.
Perkara tersebut merupakan masalah berat yang sangat membimbangkan. Kebanyakkan kes penceraian ini adalah disebabkan masalah kewangan.
Memang Islam itu mudah, tapi jangan jadikan tanggungjawab itu mudah sehingga menyusahkan ibu bapa kita di kemudian hari.
Ibu bapa pulak nak tanggung keluarga kecil kita. Adakah itu yang dikatakan mudah? Sebelum kahwin betulkan niat. Sebab apa kita nak kahwin?
Adakah disebabkan ramai kawan yang dah kahwin atau disebabkan kita dah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Renung renungkan.
Korang yang ada buat bisnes tak kisah lah baru bermula ataupun dah lama. Bejad banyak kongsi pengalaman orang berjaya dalam channel ni. Insya Allah sangat membantu.
Kredit Gambar: Asad Photo Maldives
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh seorang Seorang pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @aaizatnizam dan mendapat lebih 14,000 Retweet serta lebih 17,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
#Perkahwinan #Penceraian #GempakSpot #Kewangan
;