Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Jangan Daddy, Jangan Beritahu Mommy" - Rayuan Anak 6 Tahun Di Perkuburan Ibu

gempak
Badrul Hashim
11/05/2020
09:06 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Jangan Daddy, Jangan Beritahu Mommy" - Rayuan Anak 6 Tahun Di Perkuburan Ibu
Perkongsian seorang pengguna Facebook, Khairul Abdullah tentang anak-anaknya ketika melawat kubur ibu mereka sempena Hari Ibu sangat mengusik hati dan perasaan. Baca perkongsian Khairul ini.
Awal pagi aku bawa anak-anak ziarah kubur.
"Oh Allah, please forgive my mommy and put her into syurga. Aamiin." Doa mereka bertiga macam biasa usai Al-Fatihah.
"Daddy, can we go home now?" ajak si abang.
Aku dah nampak dia lain macam kali ini. Tadi waktu nak keluar kereta pun dia ambik masa. Dia cakap tak sihat. Aku tahu kalau dia macam mengelak tu tandanya dia sedih.
Waktu pagi aku ajak pergi pun dia cakap dia takut dia sedih.
Korang tahu kan, dia tak pernah menangis pasal mak dia. Dia pernah berjanji dengan mak dia yang dia tak akan menangis bila mak dia mati. So dia pegang janji dia. Kalau dia sedih tu dia akan elak bercakap pasal mak dia.
Namun pagi tadi dia gagahkan bila aku ajak.
Bila dia ajak balik tu aku cakap tunggu sekejap.
"Daddy want to talk to mommy. Nak cerita pada mommy pasal baby, pasal adik dan juga pasal abang yang selalu tak dengar cakap daddy."
Belum sempat aku habis ayat, terus dia peluk kaki aku.
"Please don't daddy, don't tell mommy. Please, please."
Suara dia bergetar kuat.
Airmata dia tumpah laju tanpa tangis. Dia masih menahan getap bibir dan esakan mula kedengaran. Masih dia meratib ayat please don't agar tidak aku ceritakan pada mak dia.
"Ok ok ok, I'm sorry. Daddy minta maaf, daddy tak cerita pada mommy. Abang baik, abang selalu tolong daddy. Abang anak yang bijak dan rajin. She must be very proud of you."
Aku dah silap ayat. Tak patut aku ugut dia macam tu.
Aku pula yang menyesal.
Aku terbayang apa yang dia rasa. Bagaimana perasaan anak kecil yang menahan rindu pada seorang ibu. Anak kecil yang tak pernah menangis kerana sudah berjanji begitu. Pasti anak itu kecewa kerana gagal memegang janjinya.
Aku pula yang teresak-esak kat situ. Kesalnya aku.
Dan dia masih menyembam mukanya ke kaki aku menyembunyikan tangisnya. Aku angkat, aku dukung dan aku peluk erat.
Jeda.
Yang,
Anak-anak semua ok. I'm ok too. It is tough but it's ok. You don't have to worry about us. How I wish you can see them grow. Baby dah pandai bercakap tau. Abang-abang dah pandai membaca. Semuanya dah besar yang.
You must be proud of them.
As for me, I did my best. I gave it all. And I hope I make you proud too.
Selamat Hari Ibu.
We miss you dearly.
#SuperDaddy
Kredit Gambar: Facebook Khairul Abdullah
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Khairul Abdullah dan mendapat hampir 6,000 perkongsian, lebih 1,200 komen serta lebih 27,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live