Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakSpot: “Jangan Hampiri Timbunan Daun Kering, Kemungkinan Itu...”

Gempak Spot
16/12/2020 03:26 MYT
Perkongsian ini dikongsikan oleh Twitter @twittervirall yang dikreditkan kepada Designrasullan Abdrahim tentang kemungkinan terdapat bahaya yang tersembunyi di sebalik timbunan dedaun di dalam hutan.

Peringatan buat kawan-kawan yang kaki hiking dan yang suka menjelajah jungle trail. Perkara ni kadang-kadang kita terlepas pandang.

Sekiranya anda terjumpa dengan timbunan daun-daun kering seperti dalam gambar, tidak kiralah daun-daun buluh atau daun-daun daripada pakok biasa, jangan hampiri timbunan tersebut.



Kemungkinan itu adalah sarang ular Tedung Selar atau lebih dikenali sebagai King Cobra. ular jenis ini boleh menjadi lebih agresif ketika sedang mengeram dan ketika menjaga telurnya.

Lebih mengelirukan adalah ular Tedung Selar jantan boleh membuat bunyi menyerupai ayam jantan dan patukannya boleh membunuh seekor gajah, apa lagi manusia.

Jika lewat mendapat rawatan ianya boleh membawa maut.Jadi berhati-hati lah ya kalau anda hiking ataupun jungle trekking.

Kredit: Designrasullan Abdrahim

Kredit Gambar: Twitter @twittervirall

kisah ini dikongsikan oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @twittervirall dan mendapat lebih 7,000 Retweet dan hampir 9,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan atau ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot

#GempakSpot #Hiking #Jungle Trekking #Sarang Ular #Timbunan Daun
;