Pendapat ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter teme Abdullah menggunakan akaun Twitter @itsteme yang memberi pendapat tentang pentingnya kita menjaga aib orang lain di sosial media tetapi perlu membezakan apa yang memudaratkan.

Kalau aib seseorang itu tidak menzalimi pihak lain, simpan. Kalau tak mampu lari daripada mendengar, tahanlah diri daripada menyebarkan.

Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita.

Tapi, jangan buat diam pulak kalau ia memudaratkan tau?

Jenayah juga aib. Tapi kita kena lapor pada polis.

Korupsi pemimpin juga aib. Tapi masyarakat perlu tahu. Kita perlu memilih pemimpin.

Penipuan akademik juga aib. Tapi masyarakat perlu tahu supaya tidak ada orang tertipu.

Jangan pula kita terperdaya untuk membela kejahatan dan kemungkaran seseorang dengan alasan menutup aib. Itu cara halus iblis untuk menyelewengkan kita.

Islam bukan sahaja menjaga aib, tetapi membela hak keadilan buat yang teraniaya.

Jangan sebab kecenderungan kita untuk membela golongan yang kita lebih gemar membuatkan kita hanya memilih untuk memahami tuntutan agama mengikut nafsu kita.

Berlaku adillah. Penampilan luaran tidak menentukan kebenaran.

Ya, kita di social media ini bukanlah badan penghukum pun. Tetapi hakikatnya, kata-kata kita mewujudkan gelombang persepsi yang pedihnya lebih berat dari hukuman mahkamah.

Jangan sampai kita aniaya orang yang tak bersalah dengan kata-kata kita.

Hati-hati dalam memberi respons terhadap sesuatu tau? Moga kita sama-sama terpelihara dari fitnah dunia.

Jangan lupa jaga kesihatan diri dan keluarga musim-musim COVID-19 ni!

Kredit Gambar: Ylanite Koppens

Nota: Gambar utama adalah gambar hiasan semata-mata

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter teme Abdullah menggunakan akaun Twitter @itsteme dan mendapat lebih 10,000 Retweet dan hampir 18,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot