Personal Opinion | Pendapat Peribadi
#GempakSpot: Jangan Sedih Kalau Tak Dapat Jemputan, Mungkin Ada Sebab Di Sebaliknya
Perkongsian pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @aisyahomran tentang jemputan kahwin atau nikah. Kalau tak dijemput, jangan terasa hati kerana tuan badan mungkin ada sebab-sebab tertentu.
Basic common sense bila nampak gambar member tunang / nikah tapi tak jemput kita, dan kita janganlah pula nak tinggalkan komen:
“Amboi tak bagitau pun” / “Amboi tak jemput pun. Sedihnya”
Lol! kita ni siapa untuk sentiasa diingati gituh?
Kalau terasa sekalipun, komen baik-baik je lah, doakan member. Hidup dewasa ni kita perlu terima, kita ini akan menjadi semakin tidak penting dek bertambahnya komitmen orang keliling.
Ada dua sebab, sama ada dia kawal jumlah tetamu atau dia memang secara tak sengaja tak jemput.
Kau berkawan dengan pendrive ke boleh simpan 10gb senarai nama kawan sejak sekolah rendah?
Kalau hal member pun taknak ambik port, sakit ke sihat ke tak tahu tak perlulah kita terasa bila dia tak jemput.
Kalau kita tak kesah tapi masih dijemput, Alhamdulillah. Selain rezeki dpt ziarah orang, rezeki perut juga kita dapat.
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna menggunakan akaun Twitter @aisyahomran dan mendapat lebih 20,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video