Education | Pendidikan

#GempakSpot: Jika Psychiatrist Tanya Pasal Agama & Aspek Spiritual, Jangan Gundah Atau Marah

gempak
Gempak Spot
07/12/2020
03:43 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Jika Psychiatrist Tanya Pasal Agama & Aspek Spiritual, Jangan Gundah Atau Marah
Perkara ini dikongsikan oleh pakar psikiatri Dr Rozanizam Zakaria melalui Twitter miliknya, @DrRozanizam tentang persoalan agama yang mungkin ditanya oleh pakar psikiatri.
Psychiatrist tanya pasal solat?
Sekiranya psychiatrist anda bertanya tentang perihal agama dan aspek spiritual anda, janganlah berasa gundah, marah atau triggered.
Sebelum bersangka bahawa kami prejudis atau mahu menjadi polis agama, cuma fahami dulu mengapa hal ini ditanya.
Penyakit mental ini rumit. Tak sama seperti batuk demam, tak sampai 5 minit bertanya, doktor dah tahu nak bagi ubat apa.
Penyakit mental ni macam tip of iceberg, yang nampak sedikit yang tidak nampak itu yang banyak.
Setiapnya ada pengaruh sejarah keluarga, cara dibesarkan.
Trauma lampau, sejarah keluarga, pengalaman remaja, perkembangan sosial, personaliti, gaya hidup dan macam-macam lagi.
Semua ini perlu difahami kerana ia mempengaruhi formulasi diagnosis dan penentuan bentuk rawatan.
Ada 3 sebab mengapa perihal agama:
Isu spiritual boleh jadi
1)punca 2)komplikasi penyakit mental 3) ia juga boleh jadi faktor pelindung (protective).
Jika ya, maka sewajarnya ia di integrasikan dalam perawatan.
Selalunya isu ini ditanya dalam aspek pre-morbid personality.
NAMUN,
sudah tentu bukan jawapan sahaja yang penting. cara bertanya, mendekati dan mengulas isu ini juga perlu dilakukan secara berhikmah, kena pada tempatnya dan sesuai dengan keadaannya.
Jadi jika ada yang gusar dan gundah. Saya harap ianya difahami.
Kredit Gambar: Pok Ri
Nota: Gambar utama hanyalah hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi pakar psikiatri Dr Rozanizam Zakaria yang menggunakan akaun Twitter @DrRozanizam dan mendapat hampir 5,000 Retweet dan hampir 12,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live