Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakSpot: "Jumaat Di Hayyu Sabiek Yang Menyentuh Dan Mencuit Hati"

Gempak Spot
25/09/2020 03:45 MYT
Kisah ini dihantar oleh Ikhwan Raha untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.

Apabila tibanya hari Jumaat, suasana pada waktu tengah hari kelihatan sibuk dan sesak kerana semua mahu menunaikan kewajipan yang utama iaitu solat Jumaat. Di Malaysia, keadaan tersebut sudah menjadi sinonim dan di Mesir juga begitu.

Di Mesir, suasana pada hari Jumaat begitu sesak dengan lautan manusia yang berpusu-pusu ke masjid. Di sini, banyak masjid yang berhampiran, jadi banyaklah pilihan untuk menunaikan solat di mana sahaja masjid yang menjadi pilihan hati.

Ada juga segelintir yang mencari masjid yang mempunyai khutbah yang pendek sahaja. Itu perkara biasa disini. Jika terasa sedikit terkejar-kejar, maka itulah pilihan yang tepat. Ada sebuah masjid disini yang popular dengan nama 'Masjid Juara' kerana khutbahnya yang pendek dan sekejap sahaja.

Biasanya aku akan solat di masjid belakang wisma. Ada sebuah masjid. Khutbahnya tidaklah terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek. Selesa. Dulu, semasa baru-baru sampai ke Mesir, Masjid Juara menjadi destinasi wajib pada hari Jumaat. Sentiasa merasa solat di atas jalan, berbumbungkan langit yang memancarkan cahaya panas terik. Alhamdulillah sudah merasa.

Apa yang mencuit hati aku apabila kelihatan ramai budak-budak di luar dan di dalam masjid. Ada yang bermain, solat dan lain-lain. Itu biasa. Di Malaysia juga begitu bukan? Perkara yang ingin diceritakan adalah apa yang terjadi selepas itu.

Kebiasaannya di mana-mana masjid di Mesir, akan ada kerusi-kerusi untuk ammu-ammu (pakcik yang sudah tua dan tidak larat untuk berdiri lama). Begitu juga di masjid yang aku solat, di saf hadapan sekali, ada sebaris ammu-ammu duduk.

Apa yang membuat aku teruja apabila selesai solat, budak-budak akan meluru ke arah seorang ammu. Di belakang ammu itu terdapat sebungkus plastik besar penuh dengan makanan-makanan ringan, coklat dan sebagainya. Ammu tersebut menyuruh budak-budak beratur dan mengagihkan kepada mereka.

Setiap jumaat pasti adegan itu yang berlaku dan nampaknya memang itulah rutin yang sering berlaku. Mungkin ini sudah menjadi tabiat mereka. Suka sangat budak-budak apabila dapat makanan ringan tersebut. Aku juga tersenyum keseorangan. Terasa dicuit. Ya. Perasaan aku dicuit.

Jadi itulah akhlak mereka. Al-Quran juga sudah seperti telefon bimbit mereka dan wajib ada di setiap tempat. Di dalam kereta, kedai, poket dan sebagainya. Mereka kaya dengan nilai islam kerana apa? Ini Ardil Kinanah. Mesir Bumi Jejak Para Anbiya.

Kredit Gambar: Ikhwan Raha

Kisah ini dikongsi oleh Ikhwan Raha untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot

#Mesir #Solat Jumaat #GempakSpotXAlthea
;