Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Jumpa Psikologis Bukan Bermakna Orang Tu Gila"

Gempak Spot 09/07/2020 | 08:15 MYT
Stigma bahawa berjumpa dengan pakar psikologis itu bermakna seseorang itu mungkin gila selalu ada dalam pemikiran kita terutamanya para ibu bapa. Perkongsian Psikologis Klinikal dan juga Pensyarah Psikologi, Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri berkongsi beberapa jawapan yang boleh diberikan kepada ibu bapa.
"Saya nak jumpa psikologis tetapi parents saya tak bagi. Diorang tak percaya benda-benda ni. Diorang kata saya tak gila."
Beritahu mereka,
Mak, abah...
1. Sesiapa sahaja boleh jumpa psikologis. Jumpa psikologis bukan bermakna orang tu gila.
2. Saya memang tak gila. Apa tu gila? Orang nak jumpa psikologis sebab nak faham apa yang mengganggu fikiran saya ni. Saya perlu bantuan sebab saya dah cuba nak kawal tapi tak boleh.
3. Nak bawa saya jumpa ustaz? Ok, saya ikut. Tapi saya nak juga jumpa psikologis. Deal?
4. Islam menggalakkan kita dapatkan rawatan pakar yang berteraskan sains, bukan sahaja rawatan alternatif.
5. Malu dengan orang? Tak perlu beritahu sesiapa kalau malu. Kita rahsiakan. Tiada siapa akan tahu kalau kita tak beritahu.
6. Kalau tak percaya sangat tak apa, apa kata kita cuba dulu. Dengar dulu apa psikologis punya pandangan. Kalau tak suka, tak perlu pergi lagi.
7. Kalau masalah saya makin teruk sebab mak abah tak izinkan saya dapatkan rawatan pakar, nanti mak abah nak jawab apa dengan Allah?
Nombor 7 paling "kick." Atau anda ada cadangan lain? Sila kongsi.
Jika anda memerlukan bantuan, sila rujuk nombor yang tertera di bawah.
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh Psikologis Klinikal yang juga pensyarah psikologi, Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri mendapat hampir 5,000 Retweet dan hampir 7,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
#GempakSpot #Jumpa Psikologis
;