Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Kahwin Muda Ada Cabaran & Kehebatannya" - Wanita Ini Kongsi Kisah Berkahwin Di Usia 22 Tahun & Masih Belajar
Kisah yang sangat menarik ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @AtulMimpimika yang bercerita tentang pengalaman berkahwin muda dan ketika masih lagi belajar.
Dah 7 tahun kahwin dan 10 tahun kenal. Kita orang kahwin waktu saya umur 22 tahun dan Ammir 24 tahun.
Dua-dua masih belajar dan tak ada kerja. Alhamdulillah sekarang ini kami berjaya bekerja sama-sama dengan Mimpimika.
Waktu kami nikah tu kan, dua-dua masih belajar. Jadinya punca 'pendapatan' kami semuanya daripada keluarga.
Dari situ kita orang mula buat perniagaan sikit-sikit tau dulu. Jual tudunglah, jual baju. Tapi tak serius pun. Saya habis belajar pada 2014 dan pada 2015 dah mula kerja.
Saya kerja sebagai jurugambar, Ammir pula kerja sebagai penyelia tapak keselamatan (safety site supervisor).
Saya hamil hujung tahun 2014 dan Julai 2015 kami dapat cahaya mata, Mikail. Waktu dapat Mikail ni macam-macam dugaan jadi, dan pada peringkat nilah saya mula Mimpimika.
Waktu dapat Mikail ni, Ammir suruh saya berehat sekejap, lepas tu habis pantang cari kerja lain. Tapi masa ni kena dugaan besar sebab pada masa yang sama Ammir kena buang kerja.
Saya mulakan Mimpimika ni disebabkan saya tak nak keluarga kami hidup susah.
Ramai tanya macam mana boleh kawin awal?
Sebenarnya kami tak rancang langsung tau. Saya dengan Ammir adalah PJJ. Saya belajar kat UiTM perak, dia belajar dekat KL.
Suatu hari tu saya dan Ammir borak macam ni.
“Kita ni asyik keluaq sampai lewat-lewat ni family marah, apa kata kita tunang nak?”
Kemudian Ammir cakap “boleh ja takdak masalah. Takdak masalah”
Jadi, daripada perbualan ringkas tersebut kami terus buat keputusan nak kahwin.
Sebab lepas habis diploma, saya sambung ijazah di UiTM Shah Alam. Jadi kira macam lagi bagus dari dok jumpa sana sini, lebih baik kahwin sebab nak fokus untuk masa depan.
Mula-mula tu kami memang rancang nak tunang saja, tapi lamalama kami putuskan “kenapa kita tak nikah gantung je eh? Lagi senang”
Saya dan Ammir pun bersetuju untuk nikah.
Tapi tak mudah juga guys. Ada halangan dia jugak.
Waktu saya dan Ammir nak bagitahu keluarga tu kami cuak jugak. Tapi kami fikir waktu tu dari buat dosa, buang masa tak tentu arah baik kita nikah. Kita akan lebih serius sebab keluarga memang dah kenal antara satu sama lain.
Korang tau suami saya pernah bagitahu pada saya dia nak kahwin umur 30. Tapi tulah, perancangan Allah tu power!
Waktu ni nikah awal tu. Saya bagitahu Abah dulu dan Abah cakap boleh abah setuju. Ya Allah, memang mudah dan betul, itu rezeki saya.
Tapi bila sampai pada keluarga Ammir, kami ambil masa tau. Tapi satu malam tu saya dengan Ammir beranikan diri jugak bagitau nak nikah.
Mula-mula kami bagitau mak Ammir dan dia terkejut! Dia cakap “ish muda lagi! Bagi belajar habis dulu lahhhhh”
Tapi masa tu ayah Ammir ada dekat situ juga.
Waktu tu kami dah macam down sikit. Tapi tiba-tiba ayah Ammir pusing dan panggil saya cakap macam ni “haa Tun, abah mama bila ada rumah? Nanti minggu depan pakcik pergi jumpa depa pasal hal ni”
Waktu tu saya terkejut gila kot! Tapi rezeki kami kan. Minggu depan tu ayah dan mak Ammir jumpa ibu bapa saya.
Lepas setengah jam ibu bapa Ammir balik, Mak cakap “Semua jadi Tun. Raya haji ni ampa tunang, 3 bulan lepas tu hampa nikah”
Jarak nak tunang tu kan, saya ada 2 bulan je tau. Senang cakap lepas ibu bapa kami berjumpa, kurang dari 6 bulan kami dah nikah.
Ya Allah! Tu lah bila niat kita betul Allah mudahkan urusan.
Haa mesti ada yang tanya pasal belanja semua kan? Saya tak minta langsung duit kat Ammir tau. Saya cakap mana mampu saja dan bagilah saya Al-Quran serta telekung untuk hantaran.
Saya tahu kewangan Ammir macam mana dan waktu tu niat saya hanya nak bersama dengan dia sahaja.
Tapi sekali lagi rezeki saya, majlis kami, ibu dan ayah mertua saya yang persiapkan. Majlis belah keluarga saya kecil saja, tapi belah Ammir memang besar. Memang ibu bapa Ammir dah sediakan duit untuk setiap anak mereka bila kahwin.
Bagi saya ni semua rezeki. Saya tak pernah nak idam ada majlis besar ke apa. Untuk saya, cukup nikah je pada masa tu.
Saya cuma nak ringkaskan. Bila niat kita betul, Allah permudahkan semuanya.
Waktu nak beli cincin kahwin, saya tak kisah pun macam mana dan saya masih ingat ibu mertua saya cakap macam ni pada saya “Tun mak beli je yg murah tau, nanti Ammir dah ada duit Atun minta dia belikan lain ye?”
Dan ya, sekarang Ammir banyak manjakan saya! Kami banyak sangat baiki diri dari segi dalaman.
Kami sangat suka dengan berbualan yang mendalam dan paling lama kami gaduh pun setengah jam dan lepas tu kami akan duduk dan berbincang bersama.
Sebab korang kena paham. Kita tak ada keupayaan untuk baca fikiran manusia. Jadinya kita kena bagitahu apa yg kita rasa dan bagitahu sebab kenapa. Akhir sekali kena juga bagi tahu solusi. Barulah ikatan tu makin kuat, insya-Allah.
P/S: Tweet ni just pengalaman saya je tau. Saya tak paksa sesiapa untuk kahwin awal atau suruh ikut. Ianya sebagai nasihat untuk dijadikan teladan.
Bagi saya sesiapa yang rasa nak bernikah dan anda dah bersedia sepenuhnya agar teruskan saja. Kena bagi dua-dua belah keluarga faham.
Kerana pada akhirnyanya, anda berdua yang nak harungi kehidupan masa hadapan. Jadi pentingnya kena bagi semua orang faham. Minta pada Allah dan Insya-Allah bila buat benda kerana Allah, lagi mudah urusan korang.
Akhir sekali pesanan saya, kedua-dua pihak main peranan. Kena bertolak ansur. Anda kena percaya kepada setiap proses. Kena ada niat yg baik dalam sesuatu perkara Insya-Allah, Allah akan berikan yang terbaik.
Ramai yang risau nak nikah awal kan? Sebab risau ada kekangan nak keluarlah, itu lah ini lah. Tapi apa kata tukar cara berfikir tersebut kepada berfikir secara positif.
Bila nikah ni korang akan lebih fokus dan serius untuk masa depan. Tidak lagi membazirkan masa pada perkara-perkara yang membuang masa.
Macam saya, Alhamdulillah saya lulus dengan 3.47 CGPA dan dapatkan kerja di ktmb dulu. Lupa saya nak bagitau. Kami kahwin pada 2013. Lepas tu hujung 2014 macam tu Ammir dah mula kerja.
Apa-apapun semua, saya ada doa yang saya selalu baca untuk dalam perhubungan.
Dalam sujud yg terakhir tu saya selalu akan doa dalam hati macam ni “Ya Allah ya Tuhanku, ikatkan lah ikatan kasih sayang antara aku dan (nama pasangan bin/binti nama mak mereka)”
Saya terapkan doa ni hingga kini.
Kredit Gambar: Twitter @AtulMimpimika
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @AtulMimpimika. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin dibuah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video