Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @MuhammadAshraff, bercerita tentang dia menyambut kelahiran seorang bayi daripada mangsa rogol yang masih muda.
Dulu aku pernah sambut satu baby ni. Mak dia tu. Umur adalah dalam lingkungan 11-13 tahun. Naif sangat macam budak-budak sangat lagi.
Nurse suruh teran keluar baby pun dia menangis sebab tak tahu nak teran macam mana. Alhamdulillah berjaya lahirkan anak dengan selamat.
Bila baby keluar kami suruh dia peluk anak tu and susukan. Dia peluk cium baby tu. Sayang la anak sendiri. Tapi dia pun budak lagi. Dia bahasakan diri dia akak dan baby tu adik.
"Akak tak reti nak susukan adik"
Aduh, sedih menangis juga kami semua dengar.
Perkembangan seksual sekunder (Secondary sexual development) dia belum sempurna. Budak lagi. Payudara pun belum ada macam manalah dia reti nak menyusukan baby tu.
Kemudian staff nurse semua suruh aku azan kan baby tu. Hmm menangis lagilah aku. kat bucu labour room tu.
Then mak ayah budak tu sampai depan labor room.
Aku pun bawalah baby tu keluar. Nak tunjuk dekat atuk neneknya. Takut. Yalah baby bukan dari hasil perkahwinan kan.
Tapi tengok mak ayah budak ni tersenyum tersengih lebar. Semacam je muka dua-dua. Pelik, hairan semua ada.
Then bila aku bagi salam, perkenalkan diri dan nak hulur baby tu dekat pakcik makcik tu, mereka senyum senyum dan menangis. Lepas tu dua-dua pun raba-raba muka baby tu dan tanya aku.
"Comel tak cucu kami Doktor?. Mata cucu kami ok tak Doktor?"
Masya-Allah pakcik makcik ni buta. Masya-Allah. Aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan tahan dari nangis.
"Comel cik. Comel sangat. Mata pun elok cantik"
Aku pun serahkan baby tu pada pakcik makcik tu dan ahli keluarga dia yang lain pun datang tengok baby.
Aku ingat lagi betapa sayu dan sedihnya labor room hari tu.
Dan aku ingat lagi betapa marahnya aku dekat lelaki bangsat mana yang sanggup mengandungkan budak umur 13. Dekat rumah dia sendiri. Yang mak dan ayahnya buta dan sangat mulia hati.
Bangsat punya lelaki.
Cerita ni terkeluar sebab hari tu aku nampak pakcik makcik ni. Dengan ahli keluarga dia yang lain. Nampak sangat happy semua. Baby tu akak budak tu jaga kalau tak silap. Semoga segala kebaikan untuk keluarga pakcik makcik ni.
Kalau anda menyalahkan mangsa, dalam apa jua bentuk sekalipun, pusing macam mana suka anda sekalipun, anda hanya membenarkan perogol untuk merogol.
(If ur blaming a victim, by any means, twist it anyway you want, you are enabling the rapist.)
Seorang perogol, tetapi apa yang dilakukan kepada mangsa melibatkan bukan hanya kehidupan mangsa tetapi juga orang di sekeliling mangsa. Menghancurkan hidup dan banyak keluarga.
(A rapist is one person. Whom by their action on a victim, affected the life of so many others around the victim. Destroying lives and families.)
Tanpa perogol, tidak akan ada mangsa.
(Without rapist, there wont be any victim.)
*Nota: Gambar utama hanyalah hiasan semata-mata.
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @MuhammadAshraff dan mendapat hampir 19,000 Retweet dan lebih 15,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Gempak Spot
Mon Jun 29 2020
Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali
Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini selesai menjalani upacara dan adat Bali sebelum keduanya berkahwin secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”
Ini kenyataan terbaharu Ruhainies.
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.