Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Kalau Botol Air Hilang, Bukan Setakat Adik Kena Marah. Ayah Pun Boleh Hilang Nyawa" - Ramai Boleh Relate
Baca perkongsian Encik Mohd Fadli Salleh di Facebook milik beliau tentang betapa 'berharganya' botol air pada kaum wanita. Ramai suami dan anak-anak yang boleh relate dengan keadaan ini.
Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 (petang) dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku.
Baru nak gerak, dia cakap,"Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa."
"Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok."
Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang.
Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,"Botol air pun tertinggal ayah."
Sreeettttt!
Terus aku brek emergency.
"Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?"
"Tak tahu jenama apa."
Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.
Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas.
Dari jauh aku laung, "Kenapa tu bang?"
"Tertinggal botol air cikgu!" Balasnya dari kejauhan.
"Tupperware ke?" Jerit aku lagi.
"Yaaaaa!"
"Kahkahkah."
Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram.
Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur, "Tertinggal apa cikgu?"
"Nyawa."
Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.
Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.
#MFS - Wanita bukan makhluk bumi
Kredit Gambar: Facebook Mohd Fadli Salleh
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Mohd Fadli Salleh dan mendapat lebih 41,000 Likes dan 16,000 perkongsian. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com