Education | Pendidikan

#GempakSpot: Kes Mudir Cabul Pelajar, Jangan Disorok Walaupun Orangnya Dipanggil Ustaz

gempak
Gempak Spot
28/01/2020
08:39 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Kes Mudir Cabul Pelajar, Jangan Disorok Walaupun Orangnya Dipanggil Ustaz
Perkongsian pengguna Facebook Syed Azmi Alhabshi tentang kes pencabulan seorang Mudir terhadap pelajarnya. Beberapa orang guru yang turut menyokong pelajar tersebut turut digantung kerja. Jangan lupa juga untuk membaca Whatsapp antara pelajar tersebut dengan Mudir yang disabit kesalahan.
Kes melibatkan Mudir dan Pelajar.
Ibu bapa anak ini memohon bantuan idea daripada saya berkenaan kes pencabulan pelajar oleh mudir.
Tak rasa apa apa ke bila mudir ajak cium mulut dan pipi?
Tak, sebab nak dapat berkat dari ustaz.
Berkat?
Macam mana tu?
Anak ini berkongsi, dia kata bila mudir dia bagi ceramah kat masjid, dia nampak lepas habis, ramai nak minum air dari bekas cawan mudir tu. Jadi ingat kalau mudir nak cium pipi dan mulut dapatlah berkat.
Dia buat tu dalam tiga kali tapi takda orang nampak.
Sepanjang tahun, tujuh kali mudir ajak tidur bilik. Dia nanti suruh pelajar lain panggil saya pergi tidur kat bilik dia.
Saya tak nak tapi saya tahu kalau saya tak ikut arahan, pelajar yang membawa pesanan tu yang akan kena denda. Diorang pun takut nak lawan cakap mudir.
Kenapa kena tidur dengan mudir?
Sebab mudir kata ada hantu dan dia takut hantu.
SERIOUSLY!!!
Ye, mudir takut hantu jadi dia akan ajak pelajar tidur dengan dia.
Hantu apa?
HANTU CIK BEDAH
(I ask another student and true enough the other student pun cakap mudir takut hantu cik bedah)
Apa yang mudir buat?
Dia akan ajak saya ke katil dia, dia akan bogel dan bogelkan kita dan lepas tu dia buat.
*Sorry, the image is just too much for me.
Baca whatsapp ini
Klik: WhatsApp
Now the next post is my discussion with the families.
Kes Mudir dan murid.
Kes ini masih dalam siasatan.
Guru-guru yang menyokong murid telah di gantung kerja.
Mudir selepas di keluarkan dari tahanan reman dah beritahu siapa nak keluar boleh keluar.
Yang saya sayu sangat, para ibu bapa di sekolah ini dan anak-anak sangat sukakan sekolah ni. Seorang aje yang jahat iaitu mudir tapi yang lain bagus sangat.
Mereka jumpa saya pun sebab nak cari jalan macam mana perkara sebegini tak berlaku lagi.
Bagi saya biasanya kalau kes sebegini kita akan kumpul bukti dari berapa banyak pelajar lain.
Ini bukan pasal menjaga aib, ini pasal elakkan kanak-kanak di dera.
Selepas pengumpulan bukti dan saksi, sekolah boleh berbincang bagaimana elakkan ini berlaku termasuk elakkan fitnah.
SOP sekolah dan akujanji mesti clear. Contoh tak boleh tidur dengan mudir dan semua akan tandatangan setuju atau tidak termasuk para pelajar. Barulah sama-sama jaga keselamatan .
Malangnya sekolah ni tak nak. Jadi tiada penambahbaikan.
Saya ingin memohon sumbangan melalui Tamakpahala untuk meringankan beban para guru dan staff yang digantung. Bagi saya ini satu penganiayaan. 4 staff kesemuanya. Jika ada yang sudi sila hubungi saya.
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada pihak polis, JAIS, PiTAS dan salah seorang PU selebriti yang membantu kes ini.
Semoga mudir ini dijatuhkan hukuman yang adil.
Salam Syed Azmi Alhabshi
Kredit Gambar: Facebook Syed Azmi
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Syed Azmi dan mendapat hampir 255 perkongsian. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live