Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Ketahuilah Betapa Istimewanya 10 Hari Pertama Di Bulan Zulhijjah"

gempak
Gempak Spot
23/07/2020
05:45 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Ketahuilah Betapa Istimewanya 10 Hari Pertama Di Bulan Zulhijjah"
Perkongsian daripada pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @najmihakimi_ tentang keistimewaan 10 hari pertama di bulan Zulhijjah sehingga Allah SWT mengurniakan pahala yang lebih besar dari jihad.
Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari jihad?
Nabi ﷺ bersabda :
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini.”
Para sahabat bertanya : walau jihad?
Baginda menjawab : walaupun jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (Bukhāri)
1. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hājar didalam kitabnya, Fath al-Bāri:
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain adalah kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sadāqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.”
2. Dengan sebab itu, Rasulullah ﷺ mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Sabda Rasulullah ﷺ :
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
3. Sehingga atas dasar itu, al-Imām Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau di dalam Majmu’ al-Fatāwā:
“Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan & malam sepuluh akhir Ramadhan lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah.”
4. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita.
Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah.
Sabda Rasulullah ﷺ :
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (Tabrani)
Oleh itu, didalam 10 hari ini. Perbanyakkanlah solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan berzikir. Mudah-mudahan kita menerima pahala yang lebih besar dari jihad.
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi pengguna menggunakan akaun Twitter @najmihakimi_ dan mendapat lebih 11,000 Retweet dan lebih 16,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024