#GempakSpot: "Kita Buat Baik Pada Orang, Bila Susah Mesti Ada Yang Tolong Balik" - Abah
Abah memang ‘menjengkelkan’ tapi dia akan buat apa sahaja untuk anak-anaknya. Hari ini abah bawa aku pegi temuduga kerja.
Hari ini aku temuduga kerja dekat Bukit Jalil. Memang selalu abah yang bawa aku pergi. Selepas temuduga ketika dalam perjalanan pulang, motosikal abah kehabisan minyak.
Abah terlupa isi minyak sebelum gerak tadi. Jadi kami pun berhentilah di tempat menunggu bas tepi Apartment Anggun, Bukit Jalil, sambil cuba cari penyelesaian.
Macam mana nak gerakkan motor lagend abah tu. Stesen minyak masih terlalu jauh dari situ. Abah bagi aku duit suruh naik LRT Bukit Jalil tapi aku taknak. Yelah, Abah aku takkan jadi macam ni kalau tak kerana aku ada temuduga kan? Jadi aku tunggu. Dalam lima minit juga berfikir dengan abah mana nak cari botol untuk isi minyak
Jadi aku pun cakap lah dengan abah "takpalah kita tolak je motor dulu sampai stesen minyak, kat sana mesti ada botol". Aku ambil gambar ni sebab nak tunjuk pada Mak bukti kami marathon hari ni.
Baru je kami buka beberapa langkah tiba-tiba datang la seorang uncle berketurunan Cina. Laju saja dia keluar dari apartment ke kereta dia. Berhenti di hentian bas yang sama, dia tanya abah aku apa yang terjadi. Abah aku pun cerita lah. Uncle tu tawar diri nak pergi belikan minyak walaupun aku nampak dia macam nak cepat. Abah aku hulur duit dia kata, "aiyaa lepas beli ma"
Uncle tu beritahu " tunggu dalam 10 minit". Selepas 10 minit uncle tu pun smpai bawa bersama tong mnyak. Abah aku memang tak ada botol. Kalau ikut tong minyak penuh tank RM7 macam tu lah. Abah aku hulur balik rm5. Dia cakap, "tak payah, saya tolong you hari ini nanti orang tolong saya punya."
Lalu aku pun berangkat pulang ke rumah bersama Abah dengan membawa satu ‘vibe’! Abah cakap dengan aku lepas start motor, "mungkin kebaikan kita yang lepas yang kita penah tolong orang sebelum ni, berbalas pada kita hari ni. Alhamdulillah".
Apa pun abah dengan uncle tu are the best for today. Abah susah payah bawa aku temuduga, uncle tu pulak susah payah belikan minyak untuk kami dua beranak boleh bergerak balik. Punyalah banyak kereta motor yang lalu tepi jalan besar tu, uncle tu lah yg tawarkan diri untuk bantu. Thank you uncle!
Apa-apapun perkara ini sangatlah hebat! Abah dan motor lagend Kriss dia tu takkan terpisah. Berapa tahun dah motor tu angkut kami satu keluarga. Well I have seen one quote that says " there is no man who could take care of one woman like her Abah did"
Untuk yang tanya mcm mana dengan temuduga, Alhamdulillah aku lepas. Esok aku ada dua lagi temuduga dan nak merempit dengan Abah lagi. Tapi kali ini minyak kena ada spare jugak.
Kredit Gambar: Twitter @belldybala_
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @belldybala_ dan mendapat lebih 38 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]