Kesihatan | Health

#GempakSpot: Kita Masih Tidak Tahu Punca Sebenar Virus Korona, Tetapi Kita Mungkin Boleh Belajar Daripada Pengalaman Virus Nipah

gempak
Gempak Spot
29/01/2020
02:01 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Kita Masih Tidak Tahu Punca Sebenar Virus Korona, Tetapi Kita Mungkin Boleh Belajar Daripada Pengalaman Virus Nipah
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @kojie_yama. Mungkin ada daripada kita yang hanya mendengar cerita tentang virus Nipah tetapi tidak tahu asal usulnya. Baca perkongsian ini.
Pada tahun 98/99 virus Nipah ini muncul namun demikian pada masa tersebut Kerajaan menyangkakan ianya virus JE. Penyakit bawaan nyamuk yang menyebabkan berlaku kematian, dan pihak berkuasa terus menerus melakukan semburan nyamuk. Namun ada sesuatu yg menarik perhatian dua orang doktor.
Doktor tersebut adalah pelajar PhD Dr. Chua Kaw Beng dan Dr. Chong Tin Tan yg menyedari virus tersebut tidak menyerang orang Muslim, jadi sudah pasti ianya bukan penyakit bawaan nyamuk. Perkara itu dimaklumkan kepada penyelia PhD yang mana seorang profesor namun tidak diendahkan.
Malahan pihak berkuasa iaitu kerajaan juga tidak mempercayainya dan menegaskan ianya penyakit bawaan nyamuk iaitu JE. Dalam masa yang sama kes kematian terus meningkat. Puas Dr. Chua dan Dr. Tan cuba meyakinkan tapi tidak diendahkan.
Dr. Chua seorang doktor yang penuh rasa bertanggungjawab terhadap negara meyakinkan profesor beliau utk dihantar ke Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat (US) untuk menyelidik penyakit bawaan nyamuk tersebut. Namun sebenarnya Dr. Chua menyeludup virus Nipah yang disimpan di dalam bagasi beliau untuk dikaji di sana.
Beliau terpaksa melanggar semua prosedur yang ada demi keselamatan negara tercinta. Sejurus tiba, kajian terus dilakukan dengan segera untuk mengenal pasti virus sebenar yang menyerang manusia di Malaysia.
Keputusan yang diterima seperti dijangka oleh Dr. Chua dan Dr. Tan yang mana virus tersebut bukanlah virus bawaan nyamuk iaitu JE. Tetapi virus tersebut bawaan KHINZIR. Dr. Chua terus berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia dan memaklumkan perkara tersebut.
Dr. Chua meminta kerajaan berhenti menyembur nyamuk dan menghapuskan khinzir dengan kadar segera. Kerajaan Malaysia tidak menunggu lagi, anggota tentera dikerah, kubur besar digali dan khinzir ditolak dan ditembak. Lebih sejuta ekor khinzir dihapuskan. Dan ianya BERKESAN.
Virus Nipah pembunuh terus hilang, wabak ini telah mengubah landskap ladang ladang khinzir menjadi lebih terurus dan bersih. Dr. Chua dan Dr. Tan menerima Anugerah Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir.
Sumber: Goats and Soda dan Neurology Asia
Kredit Gambar: Goats and Soda
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter kojie menggunakan akaun Twitter @kojie_yama dan mendapat lebih 16,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live