,
Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Kucing Ni Tadi Saya Nampak Terjatuh Dari Kereta Di Tengah Lebuhraya Di Lorong Paling Laju Tergolek-Golek"

Gempak Spot
11/11/2020
03:30 MYT
Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Facebook, Zanaa Ali di Facebook miliknya tentang seekor kucing yang mungkin terjatuh daripada kereta milik empunya kucing tersebut.
Assalamualaikum. Saya nak tanya ada tak sesiapa kehilangan kucing ni berhampiran dengan Lebuhraya Mex? Sebab kucing ni tadi saya nampak dia terjatuh dari kereta kat tengah lebuhraya di lorong paling laju tergolek-golek haa.
Kesian dia lari tak tentu hala dekat lebuhraya tu. Nasib baik ada sorang abang motor tolong saya ambilkan dia, masa tu dah lari jauh. Takut dia lari entah mana-mana kena langgar ke atau tak makan ke.
Saya rasa dia ada pemilik sebab dia pakai kolar merah di leher dan dia gemuk jugak. Sekarang saya tolong bela sementara tunggu pemilik dia kalau ada pemilik (yang baca) kat sini.
Saya letak nama sementara untuk dia Mexx ya. Untuk pemilik boleh Mesej Peribadi (Personal Message) ke Facebook saya atau PM nombor kat Purrfect Cats Centre Telok Panglima Garang (013-865 2052).
Saya jaga dia kat sini ya. Saya dah bawa jumpa doktor haiwan dah untuk periksa Mexx tadi. Jadi sekarang monitor je dulu keadaan dia.
Kalau tak ada yang tuntut Mexx saya akan open adoption tau sebab saya sendiri dah ada dekat 40 ekor kucing saya bela sendiri.
Apa-apa boleh hubungi terus dengan saya tau. Terima kasih semua. Tolong kongsikan ya.
Kredit Gambar: Facebook Zanaa Alias
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Facebook Zanaa Alias dan mendapat 159 perkongsian dan 92 likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Hiburan

Banyak Baik Daripada Buruk, Betty Banafe Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada GISB - “Saya Bangga GISB Wujud Kerana…”

gempak
15/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Betty Benafe meminta orang ramai agar tidak cepat menjatuhkan hukum secara  pukal kepada Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) berhubung kontroversi melanda syarikat berkenaan.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.