Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Langsung Tak Dapat Bergerak Walaupun Untuk Mencari Setitis Air Untuk Minum" - Kisah Yang Boleh Dipelajari

Gempak Spot 14/11/2019 | 06:42 MYT
Pengguna Twitter, @TweetIslamik berkongsi satu kisah yang amat menarik tentang kegunaan ayat Al-Quran untuk melindungi harta yang mungkin kita boleh amalkan bersama.
Saya nak kongsikan sesuatu yang saya rasa dapat memberi manfaat. Saya ibu kepada dua orang anak. Saya dan suami bekerja syif (perhotelan). Kami bekerja nun di atas bukit Genting. Tapi kami tinggal di Batang Kali. Setiap hari kami berulang 30-35 minit. Cara bekerja di Genting ni lain.
Kami bekerja tiga minggu tanpa cuti dan diberi cuti seminggu terus. Setiap bulan begitu.
Saya, suami dan anak-anak memang dah biasa rutin kami memang begitu. Tiga minggu bekerja dan seminggu cuti. Selalunya cuti seminggu tu, kami akan tinggalkan rumah.
Pergi bercuti, sebab tak ada banyak masa dengan anak-anak. Masa cuti sajalah boleh nak habiskan masa bersama mereka.
Ceritanya begini, rumah kami memang ada CCTV, suami pasang sebab kami bekerja syif dan selalu tinggal rumah lama-lama hampir setiap bulan untuk bercuti.
Nak dijadikan cerita, satu hari selepas kami balik bercuti, saya buka saja pintu rumah ternampak ada lelaki dalam rumah dalam keadaan tak bermaya, boleh dikatakan separuh sedar.
Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak-anak dan saya nak telefon polis. Tetapi suami cakap tak perlu telefon dulu, biar dia jumpa lelaki tu dulu. Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang.
Suami saya bagi air, lepas tu bagi pula makanan yang kami bungkus tadi sebelum balik kepada lelaki tu. Selepas dia selesai makan, suami mula menyoal.
"Buat apa di rumah kami?"
Dia kata dia memang 'mark' rumah kami. Tiap bulan mesti akan kosong lama. Jadi dia tunggu saja bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak. Ya, rompak.
Menggigil tangan saya nak telefon polis. Suami tak izinkan. Suami tanya apa yang terjadi dan kenapa tak rompak? Kenapa masih di dalam rumah? Kenapa lemah tak bermaya?
Lelaki tu kata, dia rasa kaki dan tangan dia macam dipasung. Dia cuba mencari jalan nak keluar tetapi tak jumpa-jumpa. Sudah tiga hari dia berada di dalam rumah saya, tak jumpa jalan keluar. Kaki tangan macam dipasung, langsung tak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum.
"Kalau kita nampak seseorang tu susah, dilanda musibah, sebenarnya Allah tu bukan saja sedang menguji dia,tetapi sedang uji kita juga bagaimana kita menangani perkara tu.
Suami pilih untuk beri peluang dan memaafkan sebab dia memang tak sempat capai apa-apa barang pun lagi.
Selesai semuanya, suami saya buka cerita.
Dengan wajah gembira dia kata, malam ni dia nampak kuasa Allah dan dia ingat pesan arwah bapanya supaya tiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah, bacalah satu ayat dari surah yasin (ayat 9).
Bukan saja nak keluar rumah, tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan arwah bapanya. Anak-anak pun suami saya ajar doa ni. Tersangatlah berguna dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi.
Di sini saya kongsikan sekali ayatnya. Semoga bermanfaat dan semoga diri kita serta orang-orang kesayangan kita sentiasa dilindungi walau di mana saja mereka berada. Amin.
Gambar Sekadar Hiasan
Kredit Gambar: @TweetIslamik
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Tweet Islamik menggunakan akaun Twitter @TweetIslamik dan mendapat hampir 36,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
#GempakSpot #Ayat
;