Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakSpot: "Lepas Pandang Kerana Fikir Pada Bahagian Tertentu Sahaja" - Perkongsian Doktor Nimelesh Tentang Penyakit Sifilis

Badrul Hashim
10/06/2020 13:45 MYT
Kisah ini dikongsi oleh Dr. Nimelesh di akaun Twitternya, @HausofHilton tentang penyakit Sifilis yang sering terlepas pandang oleh segelintir pihak. Baca perkongsian dan penerangan Dr. Nimelesh ini.

Sifilis merupakan salah satu penyakit yang kerap terlepas pandang.

Bila kita fikir pasal sifilis , kita fikir pasal ulser pada bahagian kemaluan sahaja, tetapi ulser sifilis muncul pada tahap pertama sifilis .

Oleh kerana ulser sifilis tidak sakit, kadangkala ia terlepas pandang.



Tahap kedua sifilis boleh muncul sebagai ruam (dalam gambar di atas). Bila pesakit datang dengan ruam seperti ini, kita akan fikir tentang masalah kulit saja dulu.

Amat penting untuk kita tanya pesakit tentang sejarah Seksual mereka untuk panduan kita memberikan rawatan.

Sifilis tahap ketiga lagi teruk. Tetapi disebabkan oleh perkembangan ubat dan rawatan awal, kes-kes sebegini semakin berkurang.

Penerangan tentang penyakit Sifilis



Ia boleh dikesan melalui ujian darah dan boleh dirawat dengan antibiotik.

Sifilis boleh berjangkit kepada kandungan dalam rahim sekiranya ibu hamil mengalami penyakit tersebut.



Sebab itu kami saring semua ibu hamil dan memberi rawatan.

Malaysia merupakan negara Pasifik Barat pertama hapus penularan HIV dan Sifilis dari Ibu ke Anak.



Sifilis seperti STD lain boleh dicegah dengan penggunaan Kondom.

Stay Safe!

Kredit Gambar: Twitter @HausofHilton

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr, Nimelesh menggunakan akaun Twitter @HausofHilton. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com




#GempakSpot #Penyakit Sifilis
;