Mak aku kerja sebagai cleaner di sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Tapi hari ini aku pulak rasa sangat terharu kerana ada murid ni buat Mak aku macam ni. Kerja dan usaha Mak aku dihargai.

Mak aku cerita sebenarnya yang hantar surat ni adalah pelajar darjah tiga. Si adik darjah tiga tu minta tolong kakak dia tuliskan penghargaan untuk mak aku. Tapi lukisan ni sepenuhnya dilukis oleh oleh adik tu manakala kakak dia tu darjah lima, sebab tu Bahasa Inggeris dia bagus. Lepas tu budak comel tu bagi surat ni pada mak aku.



What can I say? Dia anak yang diasuh dengan baik untuk menghormati org lain.

Mesti semua tertanya-tanya macam mana muka budak comel yang bagi surat ni. Aku dah minta kat mak tadi kalau esok jumpa dia, selfie sikit. Tak esok, hari Isnin nanti kita tengok sama-sama ya. Harap bersabar ya semua.



Hi, i’m back! This is my mom dengan yang duduk tengah tu adik yang bagi surat tu. Oh apa-apapun, ada satu lagi info. Mak adik comel ni cikgu jugak kat sekolah ni jadi jangan bimbang okay. Dah buat apa yang patut. Okey bye, sis berhenti di sini.

Kredit Gambar: Khairunnisa Afifah

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Khairunnisa Afifah menggunakan akaun Twitter @khai_afifah. Perkongsian beliau mendapat lebih 36,000 Retweet.Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]