,
Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Makanlah Ulam Apa Sekalipun, Ubat Jangan Tinggal & Pantau Simptom"

Gempak Spot
27/07/2020
12:22 MYT
Kisah ini dikongsikan oleh seorang ahli kimia terutamanya tumbuhan, Dr Che Puteh Osman melalui akaun Twitternya @drcheputeh tentang kesan dan pemakanan ulam-ulaman untuk pesakit diabetes.
Untuk pesakit diabetes.
Nak makan ulam peria katak, silakan. Nak makan sayur bendi, silakan. Nak makan ulam daun mulberi, silakan. Nak makan daun pecah beling, silakan. Nak makan pucuk sambung nyawa, silakan. Nak makan teh rooibos, silakan. Nak makan buah ceri kampung, silakan. Nak makan halba, silakan.
Banyak lagilah senarai makanan yang dikatakan merawat diabetes. Kalau dia memang makanan, silakan, makanlah, dengan syarat jangan sesekali tinggalkan ubat dan pantau simptom anda.
Kalau rasa hipoglisemia, berpeluh, rasa nak pitam, menggeletar, cepat makan benda manis.
Elakkanlah ambil secara konsisten dalam bentuk jus dipekatkan atau tablet tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Kalau nakambil herba dipaketkan, pastikan ia berdaftar KKM dengan nombor pendaftaran MAL. Sekurang-kurangnya keselamatan terjamin.
Pendaftaran MAL dan T sekarang menjamin keselamatan dan bukannya keberkesanan. Ini untuk low claim dan tak boleh buat tuntutan rawat diabetes.
Saya baru baca ada kategori baru untuk herba high claim, dan kita menanti herba manakah yang berjaya berdaftar kategori high claim seperti merawat diabetes.
Tetapi jangan sesekali cuba daun kapal terbang, pokok kamunting cina, buah tunjuk langit atau Galega officinalis. Silap haribulan keracunan pula. Cari penyakit. Benda bukan makanan jangan sesekali nak ambil.
Mari saya bawa anda ke kisah beberapa tahun lepas pesakit mengalami kerosakan hati disebabkan buah tunjuk langit ini.
Saya pernah terang artikel secara umum di sini. Kesemua kupasan pokok di atas ada di laman web saya.
Ingatlah, kesihatan anda tanggungjawab anda.
Kredit Gambar: @drcheputeh / Google
Kisah ini dikongsi pengguna menggunakan Twitter Dr Che Puteh Osman menggunakan akaun Twitter @drcheputeh dan mendapat hampir 132 Retweet dan hampir 161 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penyewa ‘Naik Hantu’ Kucing Oyen Peliharaan Disembelih, Dimakan Tuan Rumah Untuk Ubati Diabetes!

gempak
14/08/2024
00:55 MYT
Seorang lelaki dikenali sebagai Nuryanto dari Semarang, Indonesia ditahan selepas didakwa menyembelih dan makan daging kucing atas alasan mahu menyembuhkan penyakit diabetes yang dihidapinya.
Viral

Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?

gempak
02/05/2024
10:25 MYT
Selain pembedahan bariatrik atau potong usus yang dilakukan dalam usaha menurunkan berat badan, salah satu cara lain yang cukup popular saat ini adalah pengambilan ozempic.  Oleh sebab itu, menerusi satu notis yang diterterakan di sebuah hospital, ubat tersebut didapati mengalami kekurangan stok sehingga dicatu oleh pihak pembekal.  "Harap maklum
Laman Utama

#Foodieslife: Manis & Berkolari Tinggi, Boleh Atau Tidak Penghidap Diabetes Makan Buah Mangga?

gempak
01/10/2022
13:50 MYT
Boleh atau tidak?
Laman Utama

"Saya Nak Tolong Supaya Dia Tak Perlu Basuh Pinggan Di Kedai Makan Lagi" -  DSV Mahu Hubungi Ashira & Bad Indigo

gempak
16/12/2021
23:40 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) berhasrat untuk membantu penyanyi Ashira yang kini terpaksa mengambil upah basuh pinggan di restoran, tambahan suaminya Bad Indigo sedang jatuh sakit.
rancangan

#GempakSpot: Dilahirkan Ibu Buta Yang Dianggap Pengemis, Perkongsian Wanita Ini Undang Empati & Jadi Inspirasi

gempak
12/09/2021
13:51 MYT
Perkongsian tersebut diluahkan menerusi platform media sosial
Unitar