Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Mungkin Along Tak Dapat Rasa Ada Geng Adik Yang Boleh Lepak, Boleh Gaduh, Tapi Along Syukur Dapat Adik Special"
Kisah ini dikongsi oleh seorang YouTuber yang juga pengguna Twitter @Azfarheri di Twitter dan juga di Instagram, tentang adiknya, seorang anak syurga sempena hari kelahirannya itu.
Happy birthday to my adik syurga, I love you so much.
Semoga Allah sentiasa melindungi Afif dari segala keburukan dan kejahatan di dunia ini. Along cuma nak Afif happy dekat dunia ni walaupun dunia ni hanyalah sementara.
Mungkin Along tak dapat rasa ada geng adik lelaki yang boleh ajak lepak, boleh gaduh, boleh bagi nasihat macam orang lain, tapi Along bersyukur dapat adik yang special sangat ni.tengok ni dia tak reti tiup lagi tau hahaha dulu dia tak reti sedut jugak tapi allhamdulillah lama lama kan tetiba satu hari tu dia boleh sedut tau, dah la time tu air starbucks, tah tah air mahal je baru kau nak sedut hahahaha but allhamdulillah syukur ❤️ pic.twitter.com/wyIJynDdD3— Azfarheri #StayAtHome (@Azfarheri) May 18, 2020
Walaupun kadang kadang susah nak jaga Afif tapi Along tetap sabar dengan adik syurga Along sorang ni sebab Along tau setiap yang jadi tu ada hikmah dan ada ujian dia.
Sedih bila kena tinggalkan Afif dengan orang lain sementara Along belajar hari tu, sebab takda siapa jaga Afif dekat rumah, tapi sekarang Along selalu ada dengan Afif okay!
Perlahan-lahan Along akan ajar Afif supaya boleh urus diri sendiri nanti okay. Insya-Allah lepas ni dah tak payah pakai pampers dah!
Allhamdulillah Along syukur sangat Afif sekarang makin pandai dan Along happy sebab Afif happy. Along tau sepatah haram apa pun kau takkan faham apa yang Along cakap ni tapi Along sayang Afif dan Along akan jaga Afif sampai bila bila, sampailah akhir nafas Along okay.
Terima kasih sebab selalu pegang tangan along masa along sedih, teman Along makan malam. Biarlah tak ada girlfriend pun, yang penting Afif sentiasa ada dengan Along selalu. nanti Along masakkan your favorite maggi goreng basah okay!time ni dia demam lepas tu lebikkkk je hahahaha, haihh afif afif ❤️ pic.twitter.com/k9ga0TiRYk— Azfarheri #StayAtHome (@Azfarheri) May 18, 2020
I will always make u happy Afif, jangan tinggalkan Along tau.
Kredit Gambar: Twitter/Instagram @Azfarheri
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @Azfarheri dan akaun Instagram @azfarheri dan mendapat lebih 21,000 Retweet di Twitter dan hampir 160,000 likes di Instagram. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video