Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Mungkin Betul Kata Orang Lama, Pahit Itu Ubat. Namun Awas, Berlebihan Ia Menjadi Racun"

gempak
Gempak Spot
25/11/2020
02:00 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Mungkin Betul Kata Orang Lama, Pahit Itu Ubat. Namun Awas, Berlebihan Ia Menjadi Racun"
Perkongsian oleh pengguna Twitter Dr Che Puteh Osman menggunakan akaun Twitter @drcheputeh mengenai sesetengah sayur-sayuran yang mempunyai rasa pahit, manfaat dan risiko memakannya.
Kenapa sawi pahit? Sawi adalah ahli keluarga Brassica, yang banyak menghasilkan sebatian kimia semulajadi yang dikenali dengan glucosinate. Glucosinate adalah sebatian kimia dengan atom nitrogen, sulfur dan oksigen dalam struktur kimianya.
Selain sawi, turnip, bak choy, kailan, bunga kobis, brokoli dan kobis. Kepahitan sayur ini juga dipengaruhi oleh jenis dan penggunaan baja. Penggunaan baja berlebihan juga boleh menyebabkan sayur rasa lebih pahit dari biasa.
Peningkatan penggunaan baja sulfur dan nitrogen meningkatkan penghasilan glucosinolates dalam sayur turnip rape. Ada beberapa kajian lain terhadap beberapa jenis sayur memberikan hasil yang sama.
Ini kerana sebatian kimia glucosinolates mengandungi sulfur dan nitrogen dalam struktur kimianya, jadi bila diberi lebih baja sulfur dan nitrogen, penghasilannya juga menjadi lebih tinggi.
Banyak kajian menunjukkan glucosinolates merupakan sebatian kimia semulajadi yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan antaranya mengurangkan risiko kanser (chemoprevention). Namun, pengambilan glucosinolates yang terlalu tinggi boleh menyebabkan gangguan pada fungsi tiriod.
Mungkin betul kata orang-orang lama, pahit itu ubat. Namun awas, berlebihan ia menjadi racun. Ada sebatian kimia semulajadi yang memang beracun.
Dos yang menentukan ia selamat atau beracun. Kesederhanaan yang paling penting.
Gambar di bebenang pertama tadi adalah sayur sawi yang saya tanam sendiri di dalam pasu. Berbudi pada tanah, dapat hasilnya. Berbudi pada manusia, di bawa ke mati.
Kredit Gambar: Twitter @drcheputeh
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr Che Puteh Osman menggunakan akaun Twitter @drcheputeh dan mendapat lebih 1,300 Retweet dan hampir 3,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live