Kisah ini dikongsi oleh pengguna Instagram @yy.yusniii mengisahkan tentang Group WhatsApp untuk taman perumahannya yang bergolak hanya kerana perkara kecil.

Some times, last month, ada satu group WhatsApp.

Ceritanya, kadang-kadang ada seorang hamba Allah ni post berkenaan jualan telefon bimbit terpakai (sekadar contoh) which bukan tujuan sebenar group tersebut ditubuhkan.

Dan, ada sekali tu, salahj seorang ahli group pula angkuh persoalkan.

"Ini (group) bukan pasal jual barang, kenapa masukkan di sini. Boringlah."

Terjadi juga beberapa perbalahan, dan dipendekkan cerita, akhirnya Si Angkuh tadi keluar group terus.

Rupanya yang selalu post pasal telefon terpakai ni hanyalah seorang asnaf yang mencari ruang rezeki sekiranya ada lorong peluang untuk dia.

Allahu... Sedihkan? Kadang-kadang kita lupa berlapang dada. Ada permukaan tenang yang kita lupa duga terdapat gelora di dalamnya.

Jadi, apa yang kita dapat kalau bersifat sombong, saklipun kita tak boleh suka pada seseorang? Kesulitan dia, bukan kita juga jadi penambah beban yang sedia ada?

Be Kind. Always. Mungkin kita tak sesusah mana sekarang. Esok lusa, siapa tahu. Dunia ini berputar.

Jika tiada ringgit bertimbun, ingat jua doa tiada tarikh luput dan sempadan untuk dipohon.

Kredit Gambar: Anton

Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Instagram menggunakan akaun Instagram @yy.yusniii. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot